DREBAR
Konsep VW Budd-e gambarkan masa hadapan dunia mobiliti




(Klik untuk galeri penuh)
Budd-e ini dbina di atas plaform MEB (Modular Electric Toolkit) baharu yang direka khas untuk kenderaan elektrik. Dengan pek bateri 92.4kWh serba baharu, ia bertindak untuk memberi kuasa kepada keempat-empat motor elektrik (satu di setiap roda) – motor di hadapan menghasilkan 200Nm manakala di belakang 290kW.
Prestasi pula adalah pecutan 0-100km/j dalam masa 6.9 saat dan kelajuan maksima 180km/j.
Pengecasan bateri boleh dilakukan melalui soket biasa ataupun secara induktif (pelajari sedikit sebanyak mengenai teknologi ini di sini). Sehingga 80% tahap cas penuh boleh dicapai dalam masa hanya 30 minit jika menggunakan kuasa cas 150kW (arus terus).
Inovasi lain yang diperkenalkan adalah ‘Gesture Control’ atau kawalan gerak isyarat. Seperti yang digambarkan oleh nama tersebut, pelbagai kawalan di dalam kereta yang hendak dibuat pengguna hanya melibatkan gerakkan tangan, tidak banyak beza dengan aksi ‘swipe’ pada telefon pintar. Bezanya di sini ia tidak melibatkan permukaan sentuhan. Kawalan juga boleh dibuat melalui arahan suara.
Ada yang lebih futuristik daripada ini! Budd-e ini digambarkan boleh menjadi peti surat bergerak; bukan hanya anda boleh memesan barangan melalui internet di dalam kenderaan ini tetapi pakej tersebut boleh diterima terus ke dalam kereta tersebut. Penghantar hanya perlu mempunyai kod akses NFC sebelum ruang untuk menerima barangan tersebut dibuka.





Namun, sebagai sebuah konsep, tidak semestinya semua yang disebut sini akan dilengkapkan pada model pengeluaran sebenar. Bahkan, kita tidak juga diberitahu sama ada model Budd-e ini akan menjadi model sebenar atau tidak. Yang pasti, konsep ini bertindak untuk membayangkan apa yang boleh dijangka daripada kenderaan Volkswagen menjelang 2019, khususnya daripada model elektrik.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami