INTREND
Konsert Ed Sheeran, Faizal Tahir buat persembahan pembukaan

Konsert Ed Sheeran, Faizal Tahir buat persembahan pembukaan

Seiring dengan itu, “Ed Sheeran Live in Kuala Lumpur” akan menampilkan seorang artis terkemuka tanah air iaitu Faizal Tahir sebagai penyanyi pembukaan di konsert tersebut. Faizal yang terkenal dengan aksi energetik di atas pentas dan gaya persembahan yang unik serta berkarisma tinggi pasti akan memukau para penonton. Faizal tidak pernah mengecewakan para peminat semenjak beliau mula menyertai pertandingan One In A Million mahupun di majlis-majlis anugerah berprestij tanah air.
Malahan Faizal pastinya akan menunaikan permintaan ramai yang selama ini menginginkan beliau kembali beraksi di pentas berskala besar dan akan membuatkan penonton tidak senang duduk dengan persembahannya. Faizal yang kini kembali dengan single terbaru ‘Assalamualaikum’ telah mendapat sambutan yang hangat dan telah mengungguli beberapa carta radio tempatan dalam tempoh yang amat singkat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami