awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
Bintang ‘Ong Bak’ Tony Jaa dilapor bergelut dengan kanser pundi hempedu
Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetap 10 Feb ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsert ILHAM 2022 capai kejayaan membanggakan - Ras Adiba

Bernama
Bernama
19/12/2022
23:30 MYT
Konsert ILHAM 2022 capai kejayaan membanggakan - Ras Adiba
Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) membuat persembahan sempena Konsert ILHAM 2022. - Foto BERNAMA
PETALING JAYA: Presiden Persatuan OKU Sentral (OKU Sentral) Datuk Ras Adiba Radzi menyifatkan konsert ILHAM 2022 yang diadakan sempena sambutan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), di sini malam tadi merupakan satu pencapaian yang membanggakan.
Beliau berkata persembahan berbakat dalam kalangan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) itu boleh membawa kepada penganjuran jelajah peringkat nasional tahun depan.
"Orang selalu fikir kalau persembahan OKU ni biasa sahaja tetapi mereka memang hebat. Jadi fokus kami adalah membawa mereka ke seluruh negeri dan menunjukan bakat mereka," katanya kepada Bernama.
Ras Adiba yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berkata beliau bersyukur kerana rakan-rakan OKU bersemangat tinggi dalam mempamerkan bakat kerana ada dalam kalangan mereka yang berlatih secara dalam talian untuk konsert berkenaan.
Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, penyanyi dan komposer Datuk M. Nasir serta pengarah filem Datuk Afdlin Shauki.
Hari OKU Antarabangsa disambut pada 3 Dis setiap tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ras Adiba
#ILHAM 2022
#persembahan berbakat
#Hari OKU antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan