awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsesi ERL: Kadar tambang ikut pasaran dapat pacu inovasi perkhidmatan

Bernama
Bernama
27/02/2024
08:00 MYT
Konsesi ERL: Kadar tambang ikut pasaran dapat pacu inovasi perkhidmatan
Hasbi berkata ini berikutan ERL perlu bertindak menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien dan sejajar dengan harga tambang yang ditetapkan. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan kadar tambang berdasarkan pertimbangan pasaran menerusi perjanjian konsesi perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit, akan membolehkan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) berinovasi dalam meningkatkan mutu perkhidmatannya.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata ini berikutan ERL perlu bertindak menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien dan sejajar dengan harga tambang yang ditetapkan.
Menerusi perjanjian konsesi itu, katanya, kerajaan tidak lagi membayar apa-apa caj atau fi daripada sumber pendapatan Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) kepada pihak ERL.
"Ini syarat penting yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. ERL dibenarkan untuk melaksanakan tambang berdasarkan pertimbangan pasaran yang bakal memanfaatkan rakyat, kerajaan dan pihak ERL sendiri," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ronald Kiandee (PN-Beluran) mengenai perincian konsesi tambahan baharu bagi perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit serta implikasi terbabit.
Menjelaskan selanjutnya, Hasbi berkata kerajaan melihat perlanjutan konsesi yang diumumkan pada Januari lepas sebagai satu situasi menang-menang atau saling menguntungkan dengan pengguna boleh menikmati tawaran perkhidmatan ERL yang lebih baik.
"Kerajaan tetap komited dalam menggalakkan dan menambah baik perkhidmatan alternatif ke KLIA yang akan mewujudkan persaingan sihat," katanya.
Pada 23 Januari lepas, kerajaan telah mengumumkan perlanjutan perjanjian konsesi ERL bagi perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit selama 30 tahun bermula 2029 yang membolehkan ERL menentukan kadar tambang berdasarkan pertimbangan pasaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ERL
#kadar tambang
#KLIA Ekspres
#Hasbi Habibollah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan