awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsisten dalam memperjuangkan isu kemanusiaan

Syahrir Azfar Saleh
Syahrir Azfar Saleh
12/02/2019
23:00 MYT
Konsisten dalam memperjuangkan isu kemanusiaan
Ketegasan Dr Mahathir menjadi inspirasi pejuang kemanusiaan di seluruh dunia. - Foto Syahrir Azfar Saleh
BEBERAPA minggu yang lalu dunia kemanusiaan belajar tentang satu perkara dari Tun Dr. Mahathir Mohamad, iaitu konsisten dalam memperjuang isu-isu kemanusiaan.
Ketegasan beliau dan Malaysia untuk tidak mengiktiraf Israel termasuk segala macam penindasan dan juga rampasan tanah milik penduduk Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza oleh Israel dilihat konsisten dari dahulu sehingga kini.
Terbaharu, Malaysia tegas dengan pendiriannya tidak membenarkan atlet Israel mengambil bahagian dalam Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang sepatutnya dianjurkan di Kuching, Sarawak pada Julai depan.
Pendirian tersebut dibalas dengan pelabelan Tun Dr. Mahathir sebagai anti- semitik di samping pelucutan hak menjadi tuan rumah pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).
Pastinya pendirian Kerajaan Malaysia ini disambut baik oleh rakyat Malaysia dan semua pejuang-pejuang kemanusiaan mahupun badan-badan bukan kerajaan yang tidak pernah lelah membela bumi Palestin.
Di dalam banyaknya isu-isu yang berlaku di seluruh dunia terutama yang mempunyai kaitan dengan dunia Islam, respon ketegasan dan pendirian Malaysia samada dari sudut kerajaan mahupun gerakan sivil senantiasa dinantikan.
Gerakan sivil di Malaysia khususnya banyak memainkan peranan menjadi suara ketiga yang mendesak kerajaan untuk menyatakan pendirian.
Pelbagai cara digunakan seperti perhimpunan bantahan secara aman, penyerahan memorandum dan juga perbincangan meja bulat bagi menyampaikan rasa dan keprihatinan berkaitan mana-mana isu yang memerlukan pembelaan khususnya berkaitan penindasan dan ketidakadilan sosial.
Demonstarasi bantahan secara aman digerakkan oleh Badan-badan bukan Kerajaan - Foto ABIM
Demonstarasi bantahan secara aman digerakkan oleh Badan-badan bukan Kerajaan - Foto ABIM
Namun dalam beberapa hal dan juga wujudnya kekangan di peringkat kerajaan yang mempunyai dasar tidak campur tangan, setidaknya gerak kerja badan-badan bukan kerajaan masih boleh dilakukan dengan bebas dan berhemah untuk mengangkat isu-isu yang sensitif termasuk peranan media massa yang turut memberikan ruang untuk usaha sepertinya disebarkan kepada masyarakat.
Peranan masyarakat Malaysia yang terkenal dengan keprihatinan juga turut menjadi faktor penting dalam mengangkat dan membela apa jua isu kemanusiaan yang berbangkit.
Penulis melihat penggemblengan usaha-usaha sebegini memberikan banyak impak yang positif dan ianya harus diteruskan. Malaysia dan masyarakatnya harus menjadi tauladan dalam konsistensinya mengangkat dan memperjuangkan isu-isu kemanusiaan.
Ianya bukan sahaja menggambarkan keprihatinan kita sebagai warganegara yang bersyukur dengan segala macam kesenangan, keamanan malah ketenangan yang diperoleh di negara Malaysia yang bertuah ini, bahkan ianya akan membentuk sebuah masyarakat yang penyayang dan suka pula untuk berkongsi semuanya itu dengan mereka yang kurang bernasib baik. Indah bukan?

*Syahrir Azfar Saleh ialah Ketua Pegawai Operasi, Global Peace Malaysia (GPM).
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Gaza
#GERAKAN
#Islam
#Israel
#Kolumnis AWANI
#Kuching
#Mahathir Mohamad
#Media
#Syahrir Azfar Saleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan