PUTRAJAYA: Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, memantau rapat perkembangan berikutan beberapa serangan kebakaran yang berlaku di Pattani, Yala dan Narathiwat, pada awal pagi Jumaat.
Kementerian itu dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata berdasarkan laporan terkini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas kerana insiden berkenaan.
"Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut," menurut kenyataan itu.
Ia juga mengingatkan rakyat Malaysia di kawasan terjejas agar berwaspada dan berhati-hati dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan untuk menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla di No 4, Sukhum Road, Tambon Boryang Muang District Songkhla 90000 Thailand, atau hubungi talian +(6674) 316 274 / +(6693) 6570707 atau e-mel, [email protected].
Bernama pada 22 Mac melaporkan Komander Wilayah Tentera Darat Keempat, Lt Jen Santi Sakuntanark berkata sekurang-kurangnya 30 serangan kebakaran dilaporkan di tiga wilayah itu menyasarkan kedai serbaneka 7-Eleven, kedai, menara sel, kamera litar tertutup (CCTV) dan kenderaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2024
Pemangku Ketua Polis Negara Pol Jen Kittarat Panphet bertemu dengan pemilik gudang peralatan elektrik selepas ia musnah dalam serangan kebakaran di Yala. - Bernama
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla pantau rapat serangan kebakaran di selatan Thailand
Berdasarkan laporan terkini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas kerana insiden berkenaan.