awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontena hempap kereta: Pemandu treler didakwa hari ini

Bernama
Bernama
17/11/2024
23:30 MYT
Kontena hempap kereta: Pemandu treler didakwa hari ini
Dalam kejadian pada Rabu, Lee Zi Rou maut manakala Tan Chou Theng cedera parah selepas kereta dipandu mereka dihempap kontena yang terjatuh daripada sebuah treler. - Gambar fail/JBPM
BUKIT MERTAJAM: Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Bukit Tengah pada Rabu lepas akan didakwa di Mahkamah Bukit Mertajam di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Helmi Aris ketika dihubungi Bernama mengesahkan lelaki berusia 51 tahun itu akan didakwa hari ini selepas tamat reman semalam.
"Lelaki itu yang ditahan selepas kemalangan tersebut direman hingga Ahad (17 Nov) untuk siasatan lanjut kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya semalam.
Dalam kejadian itu, seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera parah selepas kereta dipandu mereka dihempap kontena yang terjatuh daripada sebuah treler dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Bukit Tengah di sini.
Mangsa yang maut, Lee Zi Rou, 21, memandu kereta Perodua Bezza manakala Tan Chou Theng, 25, yang cedera parah adalah pemandu Honda Jazz.
Kemalangan pada 9.30 pagi itu dipercayai berlaku ketika lima kereta dan sebuah lori dari Jalan Kebun Sirih sedang berhenti di lampu isyarat simpang tiga Jalan Bukit Tengah sebelum sebuah treler kontena dari Jalan Bukit Tengah tiba-tiba membelok ke kiri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemandu treler
#Mahkamah Bukit Mertajam
#maut dihempap kontena
#kereta dihempap kontena
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan