SERI ISKANDAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menahan tiga lagi individu yang disyaki terlibat dalam kes kontena lari cukai ("kontena terbang") termasuk seorang warga Singapura yang dipercayai menjadi dalang kes terbabit.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memohon kerjasama polis Singapura bagi mengesan individu berkenaan.
"Kita akan tahan tiga lagi suspek ... ada seorang warganegara Singapura, jika individu itu berada di negara terbabit, kita akan dapatkan kerjasama mereka (polis Singapura), setakat ini tidak ada keperluan melibatkan Interpol," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pertandingan Debat Antirasuah Institusi Pengajian Tinggi Piala KP SPRM 2024 di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) di sini hari ini.
Azam mendedahkan antara modus operandi sindiket berkenaan ialah mengikrarkan barangan di dalam kontena sebagai barangan perubatan seperti kerusi roda, namun sebenarnya mengandungi daging babi yang diseludup.
Ditanya sama ada insiden kebakaran 14 kontena di Pelabuhan Barat Pulau Indah semalam ada kena-mengena dengan sindiket itu, Azam berkata setakat ini beliau belum menerima maklumat sama ada ia berkaitan dengan siasatan kes berkenaan.
Khamis lepas, tujuh individu termasuk pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terlibat dalam kes kontena terbang yang bergiat aktif di Pelabuhan Klang, Selangor ditahan dalam Op Transit.
Kesemua yang ditahan itu disyaki bersekongkol dengan sindiket penyeludupan barangan import di Pelabuhan Klang yang mengakibatkan ketirisan cukai dianggarkan bernilai kira-kira RM3.5 bilion kepada negara.
Hasil operasi yang dijalankan oleh SPRM dan JKDM pada Rabu lepas telah berjaya menahan 19 kontena yang mengandungi pelbagai barangan import.
Daripada pemeriksaan yang dibuat, sebanyak lima kontena telah dibuka dan mendapati ia mengandungi pelbagai jenis barangan bercukai termasuk lampu diod pemancar cahaya (LED), lampu solar dan tin daging babi yang diproses.
Kesemua tujuh individu itu ditahan direman selama tiga hari bermula Jumaat hingga hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 09 2024
Tan Sri Azam Baki berkata pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memohon kerjasama polis Singapura bagi mengesan individu berkenaan. - Gambar fail
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Kerajaan proaktif tangani isu ekonomi bayangan, tingkat kadar pematuhan cukai
Saiz ekonomi bayangan di Malaysia secara purata adalah dianggarkan sebanyak 21.2 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh 2010-2019.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Seorang lagi individu bergelar Datuk ditahan kes rasuah projek pembinaan RM250 juta di Sarawak
SPRM menahan reman seorang lagi individu bergelar Datuk yang disyaki terlibat dalam kes rasuah sebagai balasan mendapatkan projek-projek pembinaan di Sarawak.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
SPRM nafi siasatan HRD Corp ditutup
SPRM menafikan pihaknya menutup siasatan kes berkaitan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) yang dijalankan sebelum ini.
Rasuah ADUN Sabah: SPRM rakam percakapan 15 individu termasuk pemberi maklumat
SPRM telah merakam percakapan 15 individu, termasuk lapan ADUN Sabah dan seorang pemberi maklumat berhubung video dakwaan skandal rasuah.
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Integriti
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Intergriti
Bekas pengarah eksekutif agensi Pulau Pinang direman, rasuah pembelian pedati emas
SPRM Pulau Pinang mereman bekas pengarah eksekutif sebuah agensi kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan RM300,000 melibatkan pembelian pedati emas.
Kecekapan SPRM bawa kejayaan kepada tangkapan taikun Singapura - Azam Baki
Setelah hampir dua dekad melarikan diri, seorang taikun warga Singapura yang terlibat dalam kes penyelewengan AS$51 juta (RM227 juta) akhirnya berjaya ditangkap bersama isterinya di Johor, semalam.
Masidi beri keterangan sukarela di SPRM
Masidi berkata, kunjungannya ke SPRM adalah untuk membantu siasatan serta tanda sokongonnya untuk membanteras rasuah di negeri ini.
Vivy Yusof dan suami akan didakwa atas pecah amanah Khamis ini
SPRM akan membuat pertuduhan ke atas pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar pada Khamis.
Biar SPRM selesaikan siasatan BAM, jangan buat spekulasi - Hannah
Hannah menekankan bahawa siasatan oleh SPRM adalah prosedur operasi standard apabila menerima aduan, dan bukan hanya terhad kepada persatuan sukan.