Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia (MASOC) tidak membenarkan mana-mana kontinjen yang menyertai Sukan SEA Ke-29 di sini bermula 19-30 Ogos ini untuk memasak dan menyediakan makanan sendiri sepanjang temasya itu.
Ketua Pegawai Eksekutif MASOC, Datuk Seri Zolkples Embong berkata ia adalah bagi memastikan keselamatan dan menggelak atlet dan pegawai dari negara lain mengalami masalah kesihatan seperti keracunan makanan.
Bagaimanapun beliau berkata, sekiranya kontinjen luar negara mahu membawa makanan tambahan, mereka harus mendapatkan kebenaran daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengendalikan aspek kesihatan temasya berkenaan.
"Kita memang tidak benarkan kontinjen membawa tukang masak sendiri. Makanan di hotel yang menempatkan atlet adalah standard dimana kesemua 10 hotel menggunakan menu sama yang disediakan oleh pihak Institut Sukan Negara (ISN) sepanjang dua minggu.
"Kita mengamalkan kawalan yang amat ketat terhadap persediaan makanan kerana kita tidak mahu dituduh menyediakan makanan yang tidak sesuai jika berlaku keracunan makanan dan sebagainya," katanya kepada Bernama.
Seramai 4,888 atlet dari 11 negara Asia Tenggara akan menyertai 404 acara yang terdiri daripada 38 sukan pada temasya dwitahunan itu di mana pasukan tuan rumah Malaysia menjadi kontinjen terbesar dengan penyertaan 876 atlet.
Bekas ketua pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) itu berkata setiap negara akan ditempatkan di hotel bertaraf lima bintang kecuali Berjaya Times Square Hotel yang dikongsi oleh dua negara yang mempunyai kapasiti tinggi.
Menurut Zolkples, penggunaan hotel untuk menempatkan kontinjen adalah lebih mudah untuk pihak pengelola, kerana dilengkapi dengan kemudahan seperti makanan berkualiti, televisyen dan penyaman udara berbanding menubuhkan perkampungan sukan yang menelan kos besar.
"Sukan SEA tidak mewajibkan penubuhan perkampungan sukan yang perlu menempatkan semua atlet di sebuah perimeter. Sebelum ini ketika Malaysia menjadi penganjur pada 2001 dan 1989, kita juga telah tempatkan atlet di hotel kecuali Sukan Komanwel kerana harus ada perkampungan, maka kita bina Vista Komanwel ketika itu.
"Untuk edisi 1965 pula, kita pernah guna Universiti Malaya, tetapi keadaan sekarang berbeza kerana dulu bilik berkipas boleh digunakan oleh atlet, tetapi sekarang wajib ada penyaman udara. Bukan murah jika kita nak memasang penyaman udara untuk semua bilik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 05 2017
Menurut Zolkples (gambar), Sukan SEA tidak mewajibkan penubuhan perkampungan sukan yang perlu menempatkan semua atlet di sebuah perimeter. - Gambar fail
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
AWANI 7:45 [26/04/2024] - Wajar tidak dijemput | UM jemput pensyarah Pro-Israel | Rumah terbuka di Kuala Kubu Bharu | Penamaan calon pada Sabtu
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera
Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menggesa kerajaan untuk membantu memudahkan misi pelayaran misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.
Jangan pilih merengek, sebaliknya berunding bantu rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pendirian pemimpin yang memilih merengek dan mencaci usaha kerajaan membantu semua kaum, yang hanya merugikan rakyat.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Break the Siege Freedom: Sampai bila misi ini akan ditangguhkan?
Penangguhan sekali lagi Misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza terus menimbulkan tanda tanya kepada delegasi terlibat, sampai bila ia akan ditangguhkan.
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Citra MTDC - Pengukuhan struktur untuk bina ekosistem lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
#AWANI745
#AWANI745
348 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Polis menahan 348 individu termasuk 11 wanita dalam Ops Hawk yang dijalankan di seluruh negeri ini selama tiga hari bemula Selasa.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah, tegaskan sekali lagi tidak terima gaji
Anwar berkata beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
Hamidin yakin 20 hingga 29 atlet mampu beraksi di Olimpik Paris
Jumlah maksimum boleh mencecah 29 atlet termasuk kelayakan secara merit, tempat kesejagatan dan kuota yang tidak digunakan.
SUKMA: Selangor hantar 1,138 atlet, tanding semua jenis sukan
Kontinjen Selangor menyasarkan untuk menurunkan 1,138 atlet bagi membawa cabaran dalam semua 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak.
Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.
SUKMA: Sarawak hantar 1,000 atlet, tanding semua jenis sukan
Kontinjen tuan rumah, Sarawak akan menurunkan kira-kira 1,000 atlet untuk mengambil bahagian dalam kesemua 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21.
Muay Thai Perak giat jalani latihan intensif hadapi SUKMA 2024
Bernard berkata pasukannya tidak menghadapi sebarang masalah malah berada di landasan tepat dan berjalan seperti yang dirancang.
Perluas caruman KWSP, Perkeso kepada atlet bukan Program Podium - Atlet
Penembak veteran Nur Suryani menyifatkan cadangan itu sebagai adil memandangkan mereka juga memerah keringat mengharumkan nama negara.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
85 atlet Palestin maut dalam serangan Israel di Gaza, Tebing Barat
Kehilangan itu memberi impak yang amat mendalam terhadap komuniti sukan.
Olimpik Paris: Altet Rusia, Belarus dibenar bertanding
Keputusan IOC itu mengesahkan langkah yang dimulakan setahun lalu untuk mengintergrasikan semula Rusia dan sekutu tenteranya Belarus.
CDM yakin lebih ramai atlet negara sahkan slot Olimpik Paris 2024
Keyakinan itu menyusul selepas kejayaan Bertrand Rhodict Lises muncul sebagai atlet Malaysia pertama mengesahkan slot ke Olimpik semalam.