awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontrak makmal RM30 juta: KKM sedia beri kerjasama kepada SPRM

Isabelle Leong
Isabelle Leong
05/05/2020
10:54 MYT
Kontrak makmal RM30 juta: KKM sedia beri kerjasama kepada SPRM
DR NOOR HISHAM: KKM sentiasa memberi kerjasama kepada SPRM kalau diperlukan. - gambar fail
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan yang melibatkan dakwaan beberapa syarikat yang dikatakan mendapat kontrak secara tidak layak bagi menyediakan kelengkapan makmal yang dianggarkan bernilai RM30 juta.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata demikian ketika ditanya sama ada siasatan SPRM tersebut mengganggu operasi kementerian tersebut pada masa hadapan.
Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata isu yang melibatkan SPRM sebaiknya dirujuk kepada SPRM dan bukannya pihak KKM.
“Perkara itu mengenai SPRM, jadi sebaik-baiknya kami merujuk perkara ini kepada SRPM.
“KKM sentiasa memberi kerjasama kepada SPRM kalau diperlukan,” katanya pada sidang media harian pada Selasa.
Sebelum ini, media lain melaporkan SPRM menyiasat sebuah syarikat yang didakwa secara tidak layak mendapat kontrak kelengkapan makmal dianggarkan bernilai RM30 juta.
Sumber SPRM berkata siasatan tersebut turut termasuk sebuah syarikat pembinaan yang didakwa memperolehi projek pembinaan makmal Kementerian Kesihatan.
Menurut sumber berkenaan juga, siasatan kini terarah kepada proses pelantikan kontraktor bagi setiap perolehan untuk memastikan ianya dilaksanakan tanpa rasuah, salah guna kuasa dan perlu mematuhi undang-undang serta peraturan ditetapkan.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#kerjasama
#KKM
#kontrak makmal
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan