awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok Shop bantu jenama tempatan tembusi pasaran menerusi inisiatif All-Star LIVE
Polis tumpas sindiket antarabangsa Asia Timur, rampas dadah RM1.04 bilion
ASUS mungkin hasilkan memori sendiri untuk kekalkan harga peranti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontraktor didakwa jual darjah kebesaran Kedah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
18/11/2021
11:55 MYT
Kontraktor didakwa jual darjah kebesaran Kedah
Tertuduh, Nik Hasyidat Nik Daut dikawal oleh anggota keselamatan di Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah pada Khamis. - Gambar Astro AWANI
ALOR SETAR: Seorang Kontraktor didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini, atas dua pertuduhan menjual darjah kebesaran negeri Kedah yang tidak diiktiraf.
Tertuduh, Nik Hasyidat Nik Daut, 44, bagaimanapun, tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menerima suapan berjumlah RM1,000 melalui akaun bank miliknya yang dimasukkan penama, Ahmad Nazri Ibrahim, 57, sebagai dorongan mendapatkan pemberian anugerah tidak diiktiraf di sebuah bank di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar, pada jam 3.37 petang, 15 Jun 2020.
Manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menerima suapan berjumlah RM5,000 melalui akaun bank miliknya yang dimasukkan penama sama sebagai dorongan mendapatkan pemberian anugerah tidak diiktiraf di bank sama di Jalan Tunku Ibrahim, pada jam 1.39 tengah hari, 27 Julai 2020.
Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Yang Berhubung Dengan Anugerah 2017 yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 20 tahun.
Pendakwaan kes dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Khairul Azreem Mamat dan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nurul Suhaila Baharin manakala tertuduh diwakili peguam, Nazri Awang.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 bagi setiap pertuduhan berserta seorang penjamin dan perlu melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan dengan sebutan semula kes ditetapkan pada 6 Disember depan.
Tertuduh kemudian membayar jaminan di kaunter Kompleks Mahkamah Alor Setar.
BACA: Polis kesan sindiket jual darjah kebesaran diraja Kedah sehingga lebih RM100,000
Ketua Polis negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat memaklumkan, pihaknya menahan 19 individu dipercayai terbabit kegiatan penjualan dan penggunaan darjah kebesaran negeri Kedah tidak diiktiraf dalam operasi bermula 7 November lalu hingga semalam.
Katanya, semua suspek terdiri daripada lelaki dan wanita tempatan berusia antara 30 hingga 63 tahun dikesan menggunakan Darjah Kebesaran Setia Diraja Kedah (DSDK) sebelum mendapat kurniaan Sultan Kedah.
Siasatan ke atas mereka dibuat susulan aduan dibuat Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Kedah yang mengesan kegiatan itu pada 5 Oktober lalu.
Topic Berkaitan
#darjah kebesaran Kedah
#kontraktor didakwa
#Nik Hasyidat Nik Daut
#Mahkamah Sesyen Alor Setar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan