SELAYANG:Seorang kontraktor ditahan reman seminggu kerana disyaki mencabul tiga anak tirinya di sebuah rumah di Bandar Baru Selayang, Selangor.
Perintah reman sehingga Sabtu depan itu dikeluarkan Majistret Nor Hafizah Rajuni selepas membenarkan permohonan polis.
Terdahulu suspek berusia 52 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang sekitar pukul 9 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, lelaki itu ditahan pada pukul 12.40 tengah malam tadi.
Tangkapan itu susulan laporan daripada mangsa berusia 14 tahun yang mendakwa ayah tirinya mencabulnya ketika ibunya tidur atau tiada di rumah.
Kejadian berlaku pada Februari hingga Oktober lepas.
Suspek turut mengugut mangsa supaya jangan memberitahu kejadian itu kepada sesiapa.
Selain itu, dua orang kakak mangsa berusia 15 dan 20 tahun turut dicabul oleh ayah tirinya.
Kakak mangsa berusia 20 tahun itu merupakan orang kurang upaya (OKU) lembam.
Kes itu dilaporkan kepada polis selepas abang dan mak cik mangsa mengetahui hal berkenaan dan membawa mangsa membuat laporan polis.
Ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan perubatan.
Suspek disiasat akan direman mengikut Seksyen 377C KK/SEK 14(A) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Astro Awani
Sun Nov 15 2020

Kontraktor berusia 52 tahun itu ditahan pada pukul 12.40 tengah malam tadi susulan laporan polis yang dibuat mangsa berusia 14 tahun yang mendakwa ayah tirinya mencabulnya.

COVID-19 | Amalan terbaik kuarantin kendiri
Peningkatan kes COVID-19 di negara ini kini terus kekal kepada empat digit dan pada Jumaat angka yang dicatatkan di negara kita melepasi 3,200 kes. Sudah semestinya dengan peningkatan kes ini, ia akan beri impak kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara kita. Dengan kes kebolehjangkitan melebihi 30 ribu, beberapa pusat kuarantin dan pusat rawatan dibuka termasuk di MAEPS Serdang dan beberapa lagi di seluruh negara bagi menempatkan pesakit mahupun mereka yang berisiko dijangkiti COVID-19. Untuk itu kita akan bersama Prof Madya Dr Mohd Dzulkhairi Mohd Rani, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Universiti Sains Islam Malaysia.

COVID-19 | Persediaan nadma sedia pusat kuarantin
Jangkitan kes harian COVID-19 mencatatkan peningkatan hari demi hari dan semalam sahaja Malaysia merekodkan sebanyak 3,211 kes positif. Trend peningkatan itu sedikit sebanyak melumpuhkan sektor kesihatan negara khususnya dalam aspek penyediaan fasiliti kesihatan seperti pusat kuarantin. Bagi memperincikan perkara ini, bersama kita menerusi Skype, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Hussein Omar Khan dalam melengkapkan kemudahan kesihatan jika kes harian terus meningkat.

PKP: 1,200 anggota JPJ digerakkan bantu polis mulai hari ini
Kolaborasi mapan antara kedua-dua agensi penguat kuasa ini penting dalam merealisasikan aspek penguatkuasaan SOP dengan lebih serius.

PKP | Pengembara luar punca peningkatan kes di Kelantan
Pengembara luar punca peningkatan kes di Kelantan Peningkatan kes secara mendadak COVID-19 dekat Kelantan dipercayai disebabkan gelombang kepulangan perantau baru-baru ini. Perkara ini diakui oleh Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat, berdasarkan pemerhatian pihaknya dan Data Jabatan Kesihatan Kelantan.

PKP | 19 sekatan jalan raya di Kelantan
Perintah Kawalan Pergerakan, PKP dilaksanakan di seluruh Kelantan bermula hari ini. Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, bagi melaksanakan perintah berkenaan, pihaknya ,melakukan 19 sekatan jalan raya membabitkan 10 sempadan antara jajahan.

Duterte dikecam anggap wanita tidak sesuai pimpin Filipina
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menyifatkan kaum wanita tidak sesuai untuk memimpin negara itu kerana lebih beremosi ketika buat keputusan.

Banjir Sarawak: Jumlah mangsa di PPS mula berkurangan
Setakat jam 12 tengah hari, jumlah mangsa menurun kepada 3,780 orang berbanding 4,247 mangsa jam 8 pagi tadi.

Kecoh tapi lega... Merpati ini terlepas 'hukuman mati' di Australia
Satu kempen di Twitter juga dilancarkan untuk menyelamatkan merpati itu, yang diberi nama Joe.

COVID-19: Pemain bukan kambing hitam, kata Guardiola
Liga dan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) pada minggu ini menggesa pemain agar mematuhi protokol pandemik itu ketika meraikan gol.

Rashford ingat pesan Mourinho cara menangi sepakan penalti
United meraih sepakan penalti yang luar biasa dalam beberapa tahun kebelakangan ini berbanding seteru mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kontraktor direman disyaki cabul tiga anak tiri
Tangkapan itu susulan laporan daripada mangsa berusia 14 tahun yang mendakwa ayah tirinya mencabulnya ketika ibunya tidur atau tiada di rumah.