awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontraktor dituduh bunuh penganggur

Sinar Harian
Sinar Harian
12/01/2023
04:55 MYT
Kontraktor dituduh bunuh penganggur
Tuan Mohd Ridzwan (dua dari kiri) dikawal polis keluar dari lokap menuju ke bilik Mahkamah Majistret Pasir Puteh. - Foto Sinar Harian
PASIR PUTEH: Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini pada Khamis atas tuduhan membunuh seorang lelaki dua tahun lalu.
Tertuduh, Tuan Mohd Ridzwan Tuan Mohamad, 34, atau dikenali sebagai Iwe Telosan didakwa di hadapan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan oleh tertuduh.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh penganggur, Che Sobrie Che Ali, 37, di Kampung Saring, di sini antara jam 9.30 malam hingga 10 malam pada 1 Ogos 2021.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Asma’a Che Omar manakala tertuduh diwakili peguam, Wan Mohd Ikram Wan Ibrahim.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 12 April ini bagi mendapatkan laporan kimia dan pasca nilai. Tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.
Akhbar sebelum ini melaporkan Polis Kelantan mengesan Iwe Telosan bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang meninggal dunia dalam keadaan terbaring di hadapan rumah dengan kesan cedera di bahagian dahi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bunuh penganggur
#Pasir Puteh
#kontraktor didakwa
#hukuman mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan