awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontraktor G1, G2 boleh mohon kebenaran operasi di balai polis terdekat - KPN

Bernama
Bernama
25/06/2021
21:46 MYT
Kontraktor G1, G2 boleh mohon kebenaran operasi di balai polis terdekat - KPN
Acryl Sani berkata surat kebenaran yang dikeluarkan PDRM adalah tertakluk kepada pematuhan SOP semasa bagi mengekang penularan wabak COVID-19. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Kontraktor G1 dan G2 yang dilantik oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh memohon kebenaran beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di balai polis berhampiran.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata setiap permohonan perlu disertakan dengan dokumen pendaftaran syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan bukti projek yang akan dijalankan.
"Surat kebenaran yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard semasa bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
"Bagi pekerja sendiri seperti tukang paip, penyelenggara, penjaja tepi jalan yang tiada majikan, permohonan bergerak hendaklah diperoleh daripada PDRM secara sekali beri. Kebenaran yang telah diperoleh sebelum ini masih terpakai," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
Acryl Sani berkata keputusan itu dibuat selepas sidang khas Majlis Keselamatan Negara pengurusan COVID-19 semalam memutuskan bahawa kontraktor G1 dan G2 yang dilantik PBT untuk melaksanakan kerja pembinaan secara berskala kecil dibenarkan beroperasi berkuat kuasa serta-merta dengan kebenaran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan atau PDRM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Acryl Sani Abdullah Sani
#KPN
#Ketua Polis Negara
#surat kebenaran
#COVID-19
#Majlis Keselamatan Negara
#PDRM
#Kontraktor
#dokumen
#pendaftaran syarikat
#Suruhanjaya Syarikat Malaysia
#bukti projek
#pbt
#kebenaran beroperasi
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan