awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontraktor projek naik taraf LRA Kogopon Fasa 2 perlu percepat pelaksanaan

Bernama
Bernama
12/08/2023
21:40 MYT
Kontraktor projek naik taraf LRA Kogopon Fasa 2 perlu percepat pelaksanaan
Armizan berkata, proses perolehan bagi projek itu telah dilaksanakan tiga minggu lepas. - Gambar fail/FB Armizan Mohd Ali
PENAMPANG: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali mahu kontraktor dilantik untuk menaik taraf projek Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon Fasa Dua dapat mempercepat pelaksanaannya bagi mengatasi masalah bekalan air di sekitar kawasan Selatan "Greater Kota Kinabalu".
Selatan "Greater Kota Kinabalu" antara lain merangkumi Putatan, Papar dan Kimanis.
Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar itu berkata, proses perolehan bagi projek itu telah dilaksanakan tiga minggu lepas dan kontraktor juga sudah dilantik bagi menjalankan kerja-kerja menaik taraf loji rawatan air berkenaan yang dijangka mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.
"Kita jangka, setelah dianugerahkan, projek itu akan dapat dilaksanakan segera dan siap mengikut jadual. Saya difahamkan kontraktor sudah masuk ke kawasan (menaik taraf LRA Kogopon) untuk membuat kerja-kerja awal.
"Saya juga difahamkan Ketua Menteri (Datuk Seri Hajiji Noor) akan turun ke LRA Kogopon pada hujung bulan ini untuk melihat kawasan seterusnya mendengar taklimat daripada kontraktor dan Jabatan Air Sabah.
"Ini satu lawatan penting untuk memastikan projek yang sudah dianugerahkan itu dilaksanakan mengikut jadual. Saya juga berharap isu-isu dalam prapelaksanaan, koordinasi dan tanah akan dapat diselesaikan agar projek dapat dimulakan segera," katanya kepada pemberita, di sini, pada Sabtu.
Armizan berkata, projek naik taraf LRA Kogopon Fasa Dua, antara lain melibatkan penambahan kapasiti daripada 40 juta liter sehari (JLH) kepada 80 JLH itu, sudah lama tertangguh dan pelaksanaannya perlu disegerakan bagi menyelesaikan gangguan bekalan air yang sering membelenggu penduduk termasuk di sekitar Papar.
Bagaimanapun, terdapat pendekatan jangka pendek diambil sebagai alternatif mengatasi masalah air di Papar termasuk memasang tangki statik di beberapa kawasan kampung, selain cadangan membuat pemasangan telaga tiub di kawasan yang akan dikenal pasti dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains, katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#loji rawatan air
#mengikut jadual
#masalah bekalan air
#pendekatan jangka pendek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan