awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontroversi sukan ikut kaum: Pengetua sekolah menghadap TMJ

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
19/04/2021
10:40 MYT
Kontroversi sukan ikut kaum: Pengetua sekolah menghadap TMJ
Dalam pertemuan itu, Tunku Ismail, berkata sekolah adalah tempat untuk memupuk semangat perpaduan antara rakyat Johor, bukan untuk memecahbelahkan masyarakat. - Gambar/ Royal Press Office
JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini, terima menghadap Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Bentara Luar yang terbabit dalam kontroversi pengkelasan sukan mengikut kaum.
Dalam pertemuan itu, Tunku Ismail, berkata sekolah adalah tempat untuk memupuk semangat perpaduan antara rakyat Johor, bukan untuk memecahbelahkan masyarakat.
"Saya menerima makluman mengenai kejadian di SMK Dato’ Bentara Luar, Batu Pahat yang melibatkan syarat kaum untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum.
"Saya telah bertitah kepada pengetua sekolah dan JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) Johor bahawa kejadian ini tidak patut berlaku lagi di mana-mana sekolah di negeri Johor.
"Tindakan ini tidak selaras dengan Bangsa Johor yang memupuk perpaduan antara kaum di bawah satu identiti untuk semua rakyat Johor," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.
Selain Pengetua SMK Dato’ Bentara Luar, Abdul Razak Hamid, turut menghadap Tunku Ismail di Markas Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF), di sini adalah Pegawai Daerah Batu Pahat, Ismail Abu; Timbalan Pengarah JPN Johor, Sahilon Abd Halim dan Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat, Suhaimi Ismail.
Sukan Berasas Kaum | Pengetua SMK Dato’ Bentara Luar mohon maaf
BACA: Sukan mengikut kaum: Menteri Pendidikan terkejut, dukacita tindakan sebuah sekolah
BACA: Pengetua SMK Dato' Bentara Luar mohon maaf asingkan sukan ikut kaum
Semalam media melaporkan, Abdul Razak membuat permohonan maaf dan mengakui, pihaknya terlepas pandang isu perkauman dalam maklumat yang diedarkan kepada semua pelajar Tingkatan 1 berhubung pendaftaran dan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum.
Topic Berkaitan
#TMJ
#sukan ikut kaum
#pengetua sekolah
#mohon maaf
#menghadap TMJ
#Dato Bentara Luar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan