awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Piala Malaysia: Ini senarai penuh 16 pasukan yang layak bertanding
Rainbow Six Siege digodam, pemain terima kredit AS$13 juta
AFCON: Ivory Coast, Cameroon sia-siakan peluang mara awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konvoi sahur bertukar tragedi

Astro Awani
Astro Awani
12/05/2019
02:10 MYT
Konvoi sahur bertukar tragedi
Muhamad Fadzly maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala. - Astro AWANI
Keseronokan konvoi untuk bersahur bersama rakan sekampung bertukar tragedi, apabila motosikal mereka bergesel sesama sendiri sebelum terhumban di tengah jalan.
Kemalangan berlaku di KM432.7 dari Bukit Beruntung ke Sungai Buaya, Selangor pagi tadi.
Pergeselan itu menyebabkan mangsa, Muhamad Fadzly Zulkuply, 26, mengalami kecederaan parah di kepala dan maut di lokasi kejadian.
Seorang lagi penunggang kedua, Ahmad Izzudin Musa, 23, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.
Polis ketika ini masih dalam proses mendapatkan keterangan dari beberapa rakan mangsa yang mengikut konvoi tersebut.
Ini termasuk kenyataan saksi yang mengatakan wujudnya kenderaan berat dalam kemalangan terbabit.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Topic Berkaitan
#kemalangan motosikal
#konvoi
#sahur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan