KOTA KINABALU: Sebanyak 172 koperasi terlibat dalam sektor agromakanan mampu memainkan peranan untuk membantu mengukuhkan keterjaminan bekalan makanan negara, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Beliau berkata koperasi yang terlibat dalam agromakanan itu meliputi aktiviti pertanian, penternakan, perikanan dan pembekalan input pertanian dan ternakan.
"Gerakan koperasi telah diberi tanggungjawab untuk membantu memperkukuhkan keterjaminan bekalan makanan negara melalui penglibatan koperasi dalam sektor agromakanan," katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Bulan Koperasi Kebangsaan 2023 di sini hari ini.
Majlis penutupan itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Ser Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menyediakan pembiayaan modal pusingan agromakanan dengan peruntukan RM100 juta dan geran bantuan pembangunan sehingga RM300,000 kepada koperasi yang berkelayakan.
"KUSKOP melalui SKM juga telah melaksanakan program Jualan MADANI Koperasi (JMK) yang menawarkan penjimatan harga barangan sehingga 20 peratus daripada harga pasaran," katanya.
Ewon berkata bagi membantu kerajaan menangani kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat, KUSKOP melalui SKM telah menjenamakan semula kedai-kedai koperasi di seluruh negara secara berperingkat di bawah satu nama iaitu CoopMart.
"Langkah itu bagi menyeragamkan model perniagaan mereka dan sehingga kini sebanyak 2,581 kedai runcit koperasi berjenama CoopMart telah beroperasi di seluruh negara," katanya.
Sementara itu ketika berucap di Sidang Kemuncak Koperasi Belia Asia Pasifik di sini hari ini, Ewon berkata penglibatan belia dalam sektor koperasi adalah penting untuk memperkasakan gerakan itu.
Beliau berkata Dasar Keusahawanan 2023 dan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia 2021-2025, yang merupakan dasar baharu KUSKOP telah merangkumkan matlamat-matlamat bagi menggalakkan golongan muda untuk melibatkan diri dalam sektor koperasi.
KUSKOP dan semua agensinya telah melaksanakan pelbagai program termasuk ekskursi lapangan, pameran, bengkel dan seminar untuk memperkuatkan dan memperkasakan pembangunan koperasi di dalam negara.
Ewon berkata sidang kemuncak ini satu daripada platform terbaik untuk menarik belia berkongsi pengalaman mereka dalam menubuhkan koperasi dan memupuk satu budaya kerjasama menerusi koperasi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 30 2023
Ewon berkata koperasi yang terlibat dalam agromakanan itu meliputi aktiviti pertanian, penternakan, perikanan dan pembekalan input pertanian dan ternakan. - Gambar fail/Bernama
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
SKM lulus RM5.7 juta bantuan pembangunan koperasi sehingga 15 Julai
Suruhanjaya Koperasi Malaysia luluskan RM5.7 juta bantuan pembangunan kepada 126 koperasi di seluruh negara sehingga 15 Julai tahun ini.
Jualan MADANI Koperasi Usahawan catat nilai jualan RM6.2 juta setakat 28 Julai - Ewon
Jualan MADANI Koperasi Usahawan (JMKU) merekodkan nilai jualan sebanyak RM6.2 juta dengan melibatkan 208,055 penerima manfaat di seluruh negara setakat semalam.
Koperasi digesa rebut peluang sempena tahun Melawat Kedah 2025
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mahu koperasi di Kedah merebut peluang baharu, khususnya dalam sektor pelancongan sempena Tahun Melawat Kedah 2025 serta Tahun Melawat Malaysia 2026.
SKM anjur Bulan Koperasi Kebangsaan, Hari Koperasi Negara 2024
Majlis tersebut akan dirasmikan Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
IKMa fokus laksana agenda pendigitalan kepada koperasi
Institut Koperasi Malaysia (IKMa) memberi tumpuan agenda pendigitalan kepada koperasi supaya keupayaannya dipertingkat sekali gus menjadi medan baharu pembangunan ekonomi negara.
RM2 juta disalur kepada Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi
TBKK diwujudkan bagi membantu koperasi-koperasi yang terjejas dan menghadapi masalah khususnya akibat bencana alam atau faktor-faktor lain di luar kawalan.
Siasatan berhubung dakwaan peminjam koperasi disenarai hitam sedang dijalankan - Ewon
Siasatan berhubung dakwaan peminjam sebuah koperasi disenarai hitam oleh bank walaupun sudah melangsaikan hutang sedang dijalankan.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
KUSKOP fokus kukuhkan rangkaian koperasi Coop Mart
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan memberi fokus kepada usaha mengukuhkan rangkaian kedai koperasi Coop Mart sedia ada.
1,001 koperasi baharu berjaya didaftar sepanjang tahun lepas - Ewon
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) merekodkan sebanyak 1,001 koperasi baharu, didaftarkan di seluruh negara pada tahun lalu.