awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koranavirus COVID-19: Pelawat, warga Sarawak dari Singapura tidak perlu kuarantin diri

Astro Awani
Astro Awani
12/02/2020
06:41 MYT
Koranavirus COVID-19: Pelawat, warga Sarawak dari Singapura tidak perlu kuarantin diri
Garis panduan yang disemak semula itu dikeluarkan selepas menjejaki dan menilai perkembangan terkini Novel Koronavirus 2019 (COVID-19). - FOTO: Gambar Fail
Semua pelawat termasuk warga Bumi Kenyalang yang masuk dan transit dari Singapura ke Sarawak tidak perlu menjalani kuarantin diri di rumah.
Kenyataan ini dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak pada Selasa.
Garis panduan yang disemak semula itu dikeluarkan selepas menjejaki dan menilai perkembangan terkini Novel Koronavirus 2019 (COVID-19).
BACA: Pelancong Singapura ke Sarawak perlu patuhi garis panduan Kementerian Kesihatan
[LAPOR LANGSUNG] COVID-19 Angka kematian meningkat kepada 1,114
Mereka bagaimanapun dinasihatkan untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan Jabatan Kesihatan Sarawak (JKS).
Orang ramai juga dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan kerap dan elak daripada menyentuh wajah, berjabat tangan atau sentuhan fizikal dengan orang lain.
Namun bagi pelawat termasuk warga Sarawak yang jatuh sakit semasa lawatan mesti mendapatkan rawatan perubatan segera daripada hospital Kerajaan.
Jawatankuasa itu turut menasihatkan orang ramai untuk mengelak daripada melawat negara yang terjejas, kecuali benar-benar perlu.
Topic Berkaitan
#AWANI Sarawak
#coronavirus
#COVID-19
#JBPN Sarawak
#koronavirus
#Kuching
#Sarawak
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan