awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koreografer legenda Ahmad Kassan meninggal dunia

Gempak
Gempak
01/09/2023
02:10 MYT
Koreografer legenda Ahmad Kassan meninggal dunia
Ahmad Kassan. - Foto Gempak
PENGACARA terkenal, Datuk Aznil Hj Nawawi membawa khabar duka dan memaklumkan jurulatih penari popular dalam program Macam Macam Aznil, Ahmad Kassan dilaporkan meninggal dunia.
Aznil atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil memaklumkan berita sedih itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini.
“Saya baru dapat berita perkhabaran duka tentang pemergian sahabat Pak Nil, Allahyarham Ahmad Kassan yang merupakan antara nadi kuat dalam program Macam Macam Aznil suatu ketika dulu,
“Beliau dikhabarkan meninggal dunia di Singapura. Saya dah lama tak berhubungan dengan dia. Saya cuma dapat perkhabaran tentang diri dia melalui posting dia di Facebook, Instagram.
“Baru sebentar saya menerima khabar duka bahawa beliau telah kembali ke rahmatullah,” maklumnya sedih.
View this post on Instagram
A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm)
Mengulas mengenai keperibadian Ahmad Kassan, Pak Nil menyatakan bahawa allahyarham merupakan seorang sahabat yang sangat rapat dengannya.
“Allahyarham adalah seorang yang sangat rapat dengan saya ketika membuat rakaman Macam Macam Aznil.
“Beliau adalah antara tunjang utama kejayaan program itu. Saya rasai kehilangan dia dan semoga pemergiannya akan sama-sama kita dapat sedekahkan bacaan surah Al-Fatihah.
“Semoga Allahyarham dikumpulkan bersama dengan orang orang yang soleh. Al-Fatihah…” ujarnya sebak.
Terdahulu, Ahmad Kassan amat dikenali sebagai seorang yang periang dan sering menjadi kesukaan ramai dalam program Macam Macam Aznil.
Tidak hanya orang dewasa, malah kanak-kanak juga turut mengenalinya kerana menggayakan fesyen unik ketika menari dalam program berkenaan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Kassan meninggal dunia
#Ahmad Kassan
#Aznil Nawawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan