awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koronavirus: Agong titah masjid seluruh negara adakan solat hajat

Bernama
Bernama
28/01/2020
05:27 MYT
Koronavirus: Agong titah masjid seluruh negara adakan solat hajat
Seri Paduka sentiasa mengikuti perkembangan terkini berkenaan wabak itu serta amat prihatin dan bimbang dengan keselamatan diri rakyat Malaysia yang berada di dalam serta luar negara susulan jangkitan 2019-nCoV. - Gambar fail
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan agar kesemua masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa selamat memohon ihsan Allah S.W.T agar memelihara rakyat daripada sebarang penyakit yang tidak diingini.
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, ia berikutan peningkatan penularan wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) di China dan negara-negara lain termasuk Malaysia.
Beliau berkata, Seri Paduka sentiasa mengikuti perkembangan terkini berkenaan wabak itu serta amat prihatin dan bimbang dengan keselamatan diri rakyat Malaysia yang berada di dalam serta luar negara susulan jangkitan 2019-nCoV.
"Seri Paduka menyeru kepada rakyat untuk memperbanyakan doa agar Malaysia dan dunia dilindungi daripada wabak berkenaan serta memudahkan pihak-pihak berkuasa tempatan dan di kawasan-kawasan terjejas menangani gejala wabak ini.
"Semoga situasi kehidupan insan dapat dipulihkan seperti sediakala," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara di sini, hari ini.
Al-Sultan Abdullah turut mengulangi nasihatnya kepada rakyat agar sentiasa mendapatkan perkembangan dan maklumat terkini mengenai wabak 2019-nCoV hanya daripada saluran-saluran rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi-agensi kerajaan serta media arus perdana.
Seri Paduka juga sekali lagi menyeru kepada rakyat untuk sentiasa mengikuti nasihat dan saranan langkah pencegahan dan amalan kesihatan seperti yang digariskan KKM. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#doa selamat
#koronavirus
#novel koronavirus
#solat hajat
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan