Bilangan keseluruhan pesakit yang sembuh daripada jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCov) adalah lebih tinggi berbanding jumlah kematian direkodkan di peringkat global.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan berdasarkan dapatan Sistem Maklumat Geografi, Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati 3,496 daripada 40,555 kes positif virus itu telah sembuh, manakala hanya 910 kes kematian dicatat setakat semalam.
Beliau berkata jumlah pesakit yang sembuh itu menyaksikan antaranya 3,468 kes di China, 10 kes di Thailand, dua kes di Singapura manakala tiga kes di Malaysia.
"Perkara ini perlu dilihat sebagai satu perkembangan positif bukan sahaja kepada Malaysia, malah seluruh dunia.
"Ia satu berita baik bahawa jangkitan koronavirus tidak semestinya berakhir dengan kematian, kalau ada penyakit lain, kemungkinan kematian lebih besar," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama, di pejabatnya di sini, semalam.
Untuk rekod, setakat 10 Feb, tiga kes pesakit koronavirus yang sembuh di Malaysia melibatkan warganegara China iaitu dua lelaki berusia 63 dan 40 tahun serta kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.
Ditanya mengenai sama ada fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara akan memburukkan penularan jangkitan koronavirus, Dzulkefly menjelaskan ia dijangka tidak memberi impak.
Sebaliknya, beliau menjangkakan keadaan itu dapat mengurangkan penularan kerana virus itu dilihat lebih aktif merebak dalam cuaca sejuk.
"Macam di China, virus ini merebak ketika musim sejuk dan kebanyakan virus melibatkan penyakit seperti radang paru-paru ini lebih suka (aktif) pada musim sejuk.
"Pada musim panas ini, kita jangka tak beri kesan kerana virus mati dalam suhu tinggi (apabila virus berada di luar badan atau di atas permukaan sesuatu objek)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 11 2020
DR DZULKEFLY: Jangkitan koronavirus tidak semestinya berakhir dengan kematian. - Gambar fail
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Setahun COVID-19: Pengajaran dan survival
Pandemik paling buruk dalam dunia ini telah membawa kepada kepentingan menitikberatkan gaya hidup sihat dan kebersihan sepanjang masa.
'Nampak cantik tapi boleh membunuh' - Makmal AS papar imej baharu COVID-19
VIRUS COVID-19 yang sedang aktif merebak telahpun mengorbankan lebih 1,700 nyawa setakat ini.
Kes disahkan koronavirus di Thailand bertambah satu lagi, jumlahnya terkini 33
Kes terbaharu melibatkan pelancong berumur 54 tahun dari Wuhan yang melawat Thailand, sebelum China mengenakan sekatan pergerakan keluar masuk di beberapa bandarnya.
Koronavirus: Malaysia kekalkan 14 hari tempoh inkubasi
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menjelaskan buat masa ini pihaknya kekal dengan pendirian tempoh inkubasi selama 14 hari.
Koronavirus: Angka korban cecah lebih 1,000
Malah, buat pertama kali, jumlah kematian harian akibat virus berkenaan di negara itu mencecah lebih 100 orang, berbanding kurang 100 setiap hari sebelum ini.
Koronavirus: Malaysia tidak akan tingkatkan tahap amaran - Wan Azizah
Wan Azizah menjelaskan, kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan pihak Singapura tidak lama lagi.
Koronavirus: Kes ke-16 dikesan di Kuala Lumpur
Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata wanita tersebut merupakan ibu kepada kawan kes warganegara China yang dilaporkan positif pada 6 Februari lalu.
Megat Shahriman mahu tumpu atlet para
Ia bagi memberi sepenuh perhatian kepada persiapan atlet para untuk menghadapi Sukan Para ASEAN (APG) di Filipina, yang mungkin ditunda lagi susulan penularan jangkitan coronavirus baharu 2019.
Koronavirus: Sabah perluas sekatan perjalanan berkuat kuasa hari ini
Langkah berkenaan bagi mengekang penyebaran koronavirus baru 2019 (2019-nCoV) walaupun Sabah kini bebas dari mana-mana individu yang diuji positif terhadap virus itu.
Sekatan perjalanan diperluas meliputi wilayah lain di China dikenakan 'lockdown'
Sekatan perjalanan ke Malaysia, yang kini dikenakan ke atas pelawat China dari Wilayah Hubei termasuk Wuhan, akan diperluaskan.