awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kos baik pulih runtuhan Taman Idaman dianggarkan RM5 juta - Azmin

Hilal Azmi
Hilal Azmi
29/11/2016
03:41 MYT
Kos baik pulih runtuhan Taman Idaman dianggarkan RM5 juta - Azmin
Azmin meluangkan masa bersama-sama penduduk sewaktu lawatan beliau ke Taman Idaman pagi tadi. - Gambar Astro AWANI/Hilal Azmi
Kerajaan Negeri Selangor akan membiayai kos baik pulih runtuhan di Taman Idaman, Serendah.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kerja-kerja pembaikan yang dianggarkan mencecah sehingga RM5 juta akan dilaksana Jabatan Kerja Raya memandangkan kepakaran yang ada pada mereka.
"Perbendaharaan Negeri Selangor pun sudah sedia dengan peruntukan tersebut. Apabila laporan-laporan teknikal siap, kita mahukan kerja-kerja dimulakan segera dan penduduk boleh kembali ke rumah masing-masing setelah diisytiharkan selamat," katanya dalam sidang media selepas melawat lokasi kejadian dan bertemu mangsa di pusat pemindahan di Sekolah Rendah Agama Serendah di sini hari ini.
Jelas beliau lagi, kerja-kerja pemasangan cerucuk telah siap sepenuhnya tetapi usaha mengenal pasti punca air bawah tanah dipergiat dengan bantuan Jabatan Mineral dan Galian dengan kerjasama JKR serta Jabatan Pengairan dan Saliran.
Serendah
Inilah keadaan tanah runtuh di Taman Idaman yang mengakibatkan sejumlah 340 penduduk hampir hilang tempat duduk. - Gambar fail
BACA: 1 cedera dalam insiden tanah runtuh Serendah
Katanya, pihak JKR juga akan membuat audit kepada semua 64 rumah di Taman Idaman bagi memastikan struktur rumah di situ selamat.
Dalam lawatan terbabit, beliau turut menyampaikan sumbangan Pusat Zakat Selangor kepada mangsa-mangsa yang dipindahkan.
Dalam kejadian Sabtu lalu, seorang penunggang motosikal, Mohd Fareez, 21, dilaporkan patah kaki dan tangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Beliau tertimbus dalam runtuhan berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan penduduk berhampiran yang menyedari insiden terbabit.
Pihak bomba sebelum itu dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 1.02 pagi, tiba di lokasi kira-kira 16 minit kemudian.
Topic Berkaitan
#Mohamed Azmin Ali
#sekolah rendah agama serendah
#taman idaman
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan