KOTA TINGGI:Kota Tinggi di Johor sekali lagi ditenggelami banjir besar selepas 15 tahun apabila air Sungai Johor melimpah sejak Sabtu lalu.
Setakat jam 4 pagi Selasa, 3 jalan di daerah ini juga terputus antaranya Jalan Kota Tinggi-Mersing berdekatan Kubu Risda, Jalan Kota Tinggi-Kluang di Bandar Kota-Jalan Tun Habab dan Jalan Lok Heng-Mawai-Sungai Mas berdekatan Jambatan Sungai Semalok.
Kesemua jalan ini ditutup kepada semua kenderaan.
Pada Isnin, selain 3 jalan tersebut, Jalan Tai Hong, Jalan Tun Sri Lanang, Jalan Semanggar, Jalan Mawai Lama dan Jalan Sungai Telor turut ditutup kepada kenderaan berat.
Beberapa blok premis yang terletak bersebelahan sungai juga ditenggelami air banjir.
Penduduk Kota Tinggi menyifatkan banjir besar ini tidak seteruk yang berlaku semasa tahun 2006/2007.
Menurut penduduk Bukit Aping Timur, Fadzil Mohamed, walaupun rumahnya tidak terjejas dengan keadaan banjir namun dia mengharapkan air dapat surut dengan cepat bagi membolehkan jalan digunakan semula.
“Mudah-mudahan air cepat surut kerana sudah 2 hari kami tersangkat akibat banjir,” katanya.
Bagi seorang guru, Amarul Naza pula, walaupun banjir kali ini tidak seburuk pada 2007, namun keadaan masih membimbangkan kerana paras air masih tinggi.
“Ada diramalkan air pasang besar akan berlaku dan saya harap ia tidak akan bertembung dengan hujan. Kita bimbang situasi pada 2006 itu ada akan berlaku sekali lagi,” kata Amarul.
Tambahnya tindakan pantas pihak berkuasa di Kawasan Kota Tinggi bagi membendung kejadian tidak diingini berlaku harus dipuji.
Selain Kota Tinggi, Jalan Haji Suhud di Kg Muhibbah Johor Bajru Turit ditutup kerana jambatan runtuh.
Turut ditutup satu jalan di Mersing iaitu Jalan Nitar Utama-Kluang.
Astro Awani
Mon Jan 04 2021
Ketika ini paras air banjir di daerah itu sedang meningkat berpunca daripada air laut pasang serta banjir termenung. - Astro AWANI
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Air pasang besar: Keadaan terkawal di Klang - MPK
Pemantauan Pasukan Pantas MPK melibatkan beberapa kawasan di Klang Selatan dan Klang Utara
Air pasang besar: Penduduk Klang diminta berwaspada
Orang ramai terutama penduduk Klang dinasihat sentiasa berwaspada susulan fenomena air pasang besar yang diramal berlaku pada Ahad dan Isnin.
Orang ramai teruja lihat air pasang besar di Tanjung Piai
Fenomena air pasang besar di Tanjung Piai sememangnya menjadi salah satu tarikan buat pelancong untuk ke titik penghujung benua Asia itu setiap tahun.
Suhu dunia meningkat, paras air laut naik, banjir lebih buruk - Penganalisis
Sekiranya tidak ada tindakan pemulihan segera, ia akan menyebabkan banjir yang berlaku pada masa akan datang lebih buruk.
Banjir: Air pasang besar sehingga 31 Oktober di Kedah
APM Kedah menjangkakan fenomena air pasang besar berlaku di pesisir pantai di Kedah sehingga mampu mencapai paras 3 meter (m) selama tiga hari bermula Ahad hingga 31 Oktober depan.
4 kawasan di Kuala Selangor dilimpahi air pasang besar
Empat kawasan di daerah Kuala Selangor dilimpahi air laut berikutan fenomena air pasang besar yang memasuki hari kedua pada Sabtu.
Penyu mati ditemukan di Pantai Beting Lintang
Penyu berkenaan sepanjang kira-kira 75 sentimeter dipercayai telah mati dalam tempoh beberapa hari.
Air pasang besar: 66 penempatan air terjejas, tiga hampir roboh
Seramai 150 orang mangsa telah mengosongkan kediaman lebih awal dan berpindah ke jalan raya bagi menyelamatkan diri.
Air pasang besar: 38 lagi rumah roboh di Kampung Forest
Sebanyak 38 lagi rumah atas air di Kampung Forest di sini roboh akibat fenomena air pasang sejak malam tadi.
Air pasang besar di Tanjung Piai jadi tarikan pelancong
Air pasang besar berlaku sejak 22 Disember lepas dan dijangka berterusan hingga esok dengan ketinggian maksimum 3.6 meter hari ini.