Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Pembedahan Global Persatuan Pembedahan Sedunia (ISS) bagi penggal 2017-2021.
ISS mengumumkan perkara itu pada 25 Dis.
Dalam kenyataan di sini hari ini, Dr Noor Hisham berkata pelantikan itu adalah sebahagian daripada tugas beliau sebagai Konsul Tugas Khas Jawatankuasa Eksekutif ISS.
Dr Noor Hisham dilantik menganggotai Lembaga Eksekutif ISS sebagai Konsul Tugas Khas bagi tempoh 2017 hingga 2021 seperti diumumkan pada 17 Ogos tahun ini pada Perhimpunan Agung Kongres Pembedahan Sedunia Ke-47.
"Inilah julung kalinya rakyat Malaysia mendapat pengiktirafan itu di peringkat ini, sekali gus merupakan satu lagi penghormatan bagi negara kita untuk menerajui dan memberi khidmat kepada persatuan global terkenal ini," katanya.
Berhubung pelantikan beliau sebagai pengerusi Jawatankuasa Pembedahan Global ISS, Dr Noor Hisham berkata:
"Dengan penuh syukur dan rendah hati, saya terima peranan sebagai pemimpin peringkat global ini untuk berganding bahu dengan semua cawangan dan wakil dari negara masing-masing untuk menyediakan rangka kerja program pengajaran dan latihan, khususnya di negara membangun, di samping menambah baik organisasi ini dalam menyesuaikan diri dengan perubahan berpandukan idea kreatif dan inovasi.
"Peranan ini juga akan menonjolkan ISS sebagai sebuah organisasai global yang membawa kemajuan dalam bidang pembedahan ke arah mewujudkan penjagaan berkualiti dan memberi fokus terhadap keselamatan pesakit," katanya.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa mengucapkan tahniah kepada Dr Noor Hisham atas pelantikan itu kerana ia merupakan pengiktirafan terhadap kepimpinan dan kecekapan profesional beliau.
"Paling penting, keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap perkhidmatan awam kita, yang tiada tolok bandingnya," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 27 2017
Dr Noor Hisham berkata pelantikan itu adalah sebahagian daripada tugas beliau sebagai Konsul Tugas Khas Jawatankuasa Eksekutif ISS. - Gambar fail
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
NASA raikan ulang tahun ke-25 Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa
Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat NASA pada Rabu meraikan ulang tahun ke-25 permulaan operasi Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), lapor agensi berita Jerman (dpa).
Angkasawan NASA catat rekod baharu AS penerbangan angkasa paling lama
Angkasawan NASA Frank Rubio telah mencipta rekod baharu penerbangan kapal angkasa paling lama di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Empat angkasawan kembali ke bumi selepas enam bulan di angkasa - NASA
Selepas kira-kira enam bulan berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dua warga Amerika, seorang angkasawan Rusia dan Emiriah Arab Bersatu telah selamat kembali ke Bumi, menurut NASA pada Isnin.
NASA, SpaceX lancarkan misi kru ketujuh ke ISS pada Ogos
NASA dan SpaceX merancang untuk melancarkan misi kru ketujuh ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Ogos, lapor Xinhua.
SpaceX Dragon mula misi pulang ke bumi
Kapal angkasa itu bersedia untuk melakukan pendaratan di luar pantai Florida dengan bantuan payung terjun.
Malaysia boleh hantar angkasawan kedua jika negara stabil - Sheikh Muszaphar
Inisiatif di bawah rangka tindakan Agensi Angkasa Negara Malaysia itu bertujuan menghantar angkasawan wanita pertama negara ke ISS.
Angkasawan persendirian AS tamat misi, pulang ke bumi
Kapal angkasa Dragon SpaceX yang membawa empat angkasawan persendirian Axiom Space selamat pulang ke bumi sekali gus menamatkan misi angkasawan persendirian kedua ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Rusia bakal tinggalkan ISS selepas 2024
Rusia akan beri tumpuan kepada usaha membina pos luar orbitnya sendiri.
Tandas kapsul SpaceX rosak, angkasawan terpaksa pakai 'lampin'
"Perjalanan angkasa penuh dengan perubahan kecil. Ini satu lagi yang kami perlu hadapi dan tangani dalam misi ini."
Dr Noor Hisham terima pengiktirafan International Surgical Fellowship Award
Dr Noor Hisham menerima pengiktirafan itu semasa 'The Virtual Surgical Week' yang berlangsung 30 Ogos lepas sehingga esok.