awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN dalam usaha bawa produk tempatan ke luar negara

Bernama
Bernama
07/12/2023
21:45 MYT
KPDN dalam usaha bawa produk tempatan ke luar negara
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, inisiatif berkenaan merupakan kerjasama antara KPDN dengan Pasar Raya Lulu Malaysia sejak ia beroperasi pada 2016. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Inisiatif Pemerkasaan Produk Tempatan Menerusi Industri Peruncitan Tempatan yang diusahakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut berperanan dalam mempromosikan dan memasarkan produk tempatan ke luar negara.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, inisiatif berkenaan merupakan kerjasama antara KPDN dengan Pasar Raya Lulu Malaysia sejak ia beroperasi pada 2016.
Beliau berkata, program itu memfokuskan kepada mengeksport produk Malaysia ke Pasar Raya LuLu di luar negara, yang secara tidak langsung memberikan peluang kepada syarikat tempatan untuk merancakkan jualan produk mereka bukan sahaja di pasar raya di dalam negara, malah turut menembusi pasaran luar negara.
"Antara contoh terdekat ialah Pasar Raya LuLu Malaysia telah membawa sebahagian produk tempatan ke pasar raya itu di luar negara terutamanya negara Timur Tengah seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Oman, Qatar, Kuwait, Bahrain dan India," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) dan Kerjasama Mengeksport Produk Malaysia Ke Luar Negara Bersama Pasar Raya Lulu Malaysia 2023, di sini, pada Khamis.
Fuziah berkata, antara syarikat yang berjaya membuat jualan satu juta unit produk dengan nilai hampir RM7.7 juta secara keseluruhan bersama Pasar Raya LuLu di luar negara bagi 2023 ialah Kawan Food Manufacturing Sdn Bhd, Syarikat Sydney Cake House Sdn Bhd dan Syarikat Carepro Marketing Sdn Bhd.
LuLu Group International mempunyai 250 rangkaian Pasar Raya LuLu dan LuLu Shopping Mall. Dengan perolehan tahunan global sebanyak US$7.4 bilion, Pasar Raya LuLu kini telah bertapak di 23 negara termasuk lima cawangan di Malaysia.
Dalam pada itu, Fuziah turut menyeru rakyat Malaysia untuk membeli dan mengutamakan barangan buatan Malaysia bertepatan dengan KBBM yang sedang berlangsung.
Fuziah berkata, KPDN menjalankan kolaborasi strategik dengan beberapa pasar raya fizikal dan dalam talian bagi menjayakan KBBM.
Ketika ditanya isu pembelian minyak paket bersubsidi oleh warga asing, beliau berkata, KPDN sedang berusaha untuk melakukan subsidi bersasar bagi mengelakkan warga asing menerima manfaat daripada subsidi itu.
"Kita dah kenal pasti siapa boleh menerima subsidi minyak masak ini dan apabila kita sasarkan, tentu sekali warga asing tidak termasuk dalam kategori penerima subsidi," katanya kepada pemberita selepas majlis itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#produk tempatan
#luar negara
#Fuziah Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan