awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Industri MICE raih anggaran impak ekonomi RM1 bilion pada 2025
26 negara EU gesa hormati undang-undang antarabangsa susulan operasi AS di Venezuela
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN Kedah tahan wanita warga Thailand cuba seludup diesel

Bernama
Bernama
17/08/2025
22:45 MYT
KPDN Kedah tahan wanita warga Thailand cuba seludup diesel
Penahanan wanita berusia 40-an itu dilakukan hasil aduan orang awam dan risikan anggota penguat kuasa KPDN Alor Setar. - Gambar ihsan KPDN Kedah
ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah menahan seorang wanita warga Thailand dipercayai cuba menyeludup minyak diesel menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran Malaysia di sebuah stesen minyak di Kuala Nerang pada Sabtu.
Pengarah KPDN Kedah Muhammad Nizam Jamaludin berkata penahanan wanita berusia 40-an itu dilakukan hasil aduan orang awam dan risikan anggota penguat kuasa KPDN Alor Setar.
"Ketika pemantauan awal, didapati sebuah kenderaan jenis pikap sedang membuat pengisian minyak diesel sebelum bergerak ke belakang stesen minyak itu. Didapati pemilik kenderaan telah menukarkan nombor pendaftaran tempatan disyaki palsu, kepada nombor pendaftaran asing setelah selesai mengisi minyak.
"Hasil pemeriksaan lanjut menemukan sejumlah minyak disyaki diesel yang disimpan di dalam tangki yang telah diubah suai," katanya dalam kenyataan malam Ahad.
Beliau berkata pemeriksaan lanjut ke atas stesen minyak mendapati premis itu telah menjual 273 liter minyak diesel dalam satu transaksi kepada kenderaan suspek, sekali gus melanggar Arahan Pengawal Bekalan berhubung had penjualan kepada kenderaan berpendaftaran tempatan dalam satu hari.
"Minyak diesel yang dianggarkan bernilai hampir RM800, sebuah pikap, resit belian dan dokumen turut disita untuk siasatan lanjut. Jumlah sitaan keseluruhan dianggarkan lebih RM30,790.
"Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita thailand
#KPDN Kedah
#seludup diesel
#Kuala Nerang
#plat kenderaan palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan