awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN mohon tambah pegawai, anggota tingkat penguatkuasaan

Bernama
Bernama
25/07/2025
15:00 MYT
KPDN mohon tambah pegawai, anggota tingkat penguatkuasaan
Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Aris Mamat berkata permohonan itu berikutan pihaknya mempunyai kekangan anggota dan pegawai sedia ada ketika melaksanakan penguatkuasaan. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah membuat permohonan untuk menambah bilangan pegawai dan anggota bagi meningkatkan lagi penguatkuasaan dasar-dasar baharu kerajaan.
Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Aris Mamat berkata permohonan itu berikutan pihaknya mempunyai kekangan anggota dan pegawai sedia ada ketika melaksanakan penguatkuasaan.
"Tahun lepas kita ada buat tambahan lebih 200 anggota dan pegawai seluruh negara dan tahun ini kita turut memohon penambahan lagi.
"Pengambilan anggota dan pegawai ini biasanya ditentukan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam)...penambahan keanggotaan bergantung kepada waran (kuota) dan pengagihannya akan diputuskan oleh JPA." katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Inter-Agensi di Kompleks Sukan dan Belia Panji, di sini hari ini.
Beliau berkata KPDN kini mempunyai seramai 2,300 pegawai dan anggota seluruh negara namun penambahan diperlukan untuk keberkesanan penguatkuasaan di semua peringkat.
"Sebab kita mempunyai 13 akta yang memerlukan lebih ramai anggota untuk membantu kerajaan terutamanya dari aspek kawalan apabila kerajaan membuat dasar baharu," katanya.
Beliau berkata pihaknya akan terus menjalin kerjasama dengan agensi lain untuk mengekang ketirisan barangan kawalan.
"Tanpa kerjasama daripada pelbagai agensi, tidak mungkin kita dapat mengekang aktiviti yang menyalahi undang-undang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#tambah pegawai
#tingkat penguatkuasaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan