awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN patah cubaan seleweng lebih 6,000 liter diesel, petrol

Bernama
Bernama
08/07/2024
13:42 MYT
KPDN patah cubaan seleweng lebih 6,000 liter diesel, petrol
Muhammad Nizam berkata serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota KPDN Kubang Pasu pada 8.30 pagi itu hasil daripada risikan selama dua minggu. - Gambar KPDN Kedah
ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah mematahkan cubaan menyeleweng 6,130 liter minyak diesel dan petrol dalam satu serbuan di sebuah premis pemborong minyak berlesen di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, semalam.
Pengarahnya Muhammad Nizam Jamaludin berkata serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota KPDN Kubang Pasu pada 8.30 pagi itu hasil daripada risikan selama dua minggu.
"Semasa serbuan, seorang pekerja premis warga tempatan berusia 37 tahun sedang mengisi minyak diesel dan petrol ke dalam tangki dua treler dengan nombor pendaftaran asing. Kita dapati kedua-dua treler itu telah diubah suai dan dipasang tangki tambahan.
"Kita menemukan 2,148 liter minyak diesel dan 3,982 liter minyak petrol di dalam tangki tambahan berkenaan. Jumlah sitaan keseluruhan dianggarkan berjumlah lebih RM230,300," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pekerja premis itu serta dua lelaki warga Thailand berusia 36 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122). KPDN Kedah memberi amaran keras kepada semua pihak yang berurusan dengan barang kawalan dan subsidi agar sentiasa mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan.
"Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan kepada KPDN melalui Talian Aduan Khas Op Kesan 2.0 di 012-6654292, portal e-aduan http://e-aduan.kpdn.gov.my atau hadir ke mana-mana Pejabat KPDN terdekat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#diesel
#subsidi
#warga tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan