awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran

Astro Awani
Astro Awani
10/03/2025
09:12 MYT
KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
Armizan mengadakan pertemuan bersama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) pada Isnin. - Foto FB Armizan Mohd Ali
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menguatkuasakan Seksyen 5, Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 untuk mengenal pasti pihak yang bertindak membuat perihal dagang palsu mengenai kandungan, jenis, dan pelabelan beras.

Ringkasan AI
  • KPDN akan menguatkuasakan Akta Perihal Dagangan 2011 untuk mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap penyelewengan label serta kandungan beras.
  • Teknologi Pencapjarian DNA oleh MARDI akan digunakan bagi menganalisis perbezaan antara beras putih import dan beras putih tempatan.
  • KPDN memperkukuh penguatkuasaan dengan SOP baharu serta bekerjasama dengan MARDI dan Jabatan Kimia bagi melindungi kepentingan pengguna.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk kesalahan melakukan penyelewengan penjualan beras dengan menukar bungkusan atau label beras yang boleh mengelirukan pengguna.
Untuk tujuan itu, KPDN akan menggunakan kepakaran teknologi Pencapjarian DNA beras oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk analisis sampel beras beras putih import (BPI) dengan beras putih tempatan (BPT).
"Dalam menguatkuasakan Akta 730 ini, analisa sampel beras adalah aspek yang amat penting dalam penentuan BPI dan BPT.
"Mengambil kira MARDI kini mempunyai kepakaran melalui Teknologi Pencapjarian DNA beras, KPDN akan merujuk MARDI sebagai pihak berwibawa (competent authority)," katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, KPDN juga sedang mempertingkatkan prosedur operasi standard (SOP) untuk meningkatkan penguatkuasaan dalam isu campuran beras, meliputi semua aspek pengurusan sampel dan kebolehterimaan barang bukti di mahkamah.
Selain MARDI, KPDN juga akan memperkukuh kerjasama strategik dengan Jabatan Kimia Malaysia dan akan terus komited untuk melaksanakan penguatkuasaan bagi menangani isu beras campuran.
Tegasnya, ini penting bagi melindungi kepentingan pengguna dan sekali gus membantu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam agenda menambah baik industri padi dan beras negara.
Topic Berkaitan
#kpdn
#Armizan Mohd Ali
#Akta Perihal Dagangan
#isu beras campuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan