BUTTERWORTH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menyita 3,902 pelbagai alat ganti telefon bimbit dan aksesori jenama terkenal bernilai RM68,216 dalam serbuan terhadap empat premis di Bandar Perai jaya, di sini semalam.
Pengarah KPDN negeri S Jegan berkata serbuan dilakukan anggota penguat kuasa KPDN bersama wakil pemilik cap dagang selepas menerima aduan berhubung kegiatan jualan barangan tiruan di premis berkenaan.
Beliau berkata dalam serbuan berkenaan, turut ditahan tiga lelaki dan seorang wanita warga tempatan dipercayai penyelia di premis berkenaan.
"Hasil pemeriksaan telah menyita sejumlah 2,938 unit alat ganti telefon bimbit pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM58,896.
"Turut disita 964 unit aksesori bernilai RM9,320 dengan jumlah rampasan keseluruhan diangarkan RM68,216," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jegan berkata siasatan dilakukan mengikut Akta Cap Dagangan 2019.
Beliau turut memberi amaran terhadap mana-mana individu atau syarikat yang berkaitan supaya sentiasa mematuhi perundangan ditetapkan atau berdepan dengan tindakan undang-undang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024
KPDN Pulau Pinang merampas 32 telefon bimbit jenama Oppo pelbagai model dan 57 unit aksesori telefon jenama sama dipercayai tiruan bernilai RM15,523 dalam operasi pada pagi Rabu. - Foto KPDN
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
Topi keledar jenama 'ARAI' tiruan disita KPDN Pulau Pinang
Serbuan dilakukan pihak KPDN bersama wakil pemilik hak cipta di premis yang disyaki menjual barang salinan langgaran karya seni ARAI.
KPDN Pulau Pinang sita alat ganti, aksesori telefon bimbit tiruan
KPDN Pulau Pinang menyita 3,902 pelbagai alat ganti telefon bimbit dan aksesori jenama terkenal bernilai RM68,216 dalam serbuan semalam.
KPDN Pulau Pinang beri amaran peniaga jual minyak petrol dalam botol
Ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, tetapi turut mengundang risiko kebakaran ekoran ia merupakan bahan mudah terbakar.
Pasar raya diserbu simpan minyak masak bersubsidi lebih had
Bahan kawalan itu juga dipercayai dijual kepada pekerja asing pada harga lebih mahal bagi mengaut keuntungan.
KPDN Pulau Pinang sita peralatan karaoke bernilai RM114,000
KPDN Pulau Pinang merampas beberapa peralatan karaoke dan sistem karaoke yang di dalamnya mengandungi milikan karya muzik yang disyaki salinan langgaran.