awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN 'serbu' restoran jual sotong manis RM50 seekor

Sinar Harian
Sinar Harian
20/12/2023
10:45 MYT
KPDN 'serbu' restoran jual sotong manis RM50 seekor
Dalam hantaran di media sosial itu turut disertakan gambar sepinggan nasi berlaukkan sotong manis dan sayur bersama resit dengan jumlah keseluruhan makanan bernilai RM75. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Pasukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah memeriksa sebuah restoran yang didakwa mengenakan caj harga sotong tidak munasabah kepada pelanggan seperti yang ditularkan di media sosial.
Timbalan Pengarah KPDN Sabah, Zulfamy Mat Udi berkata, sepasukan penguat kuasa KPDN telah ke premis berkenaan untuk membuat pemeriksaan.
"Antara tindakan yang dilakukan ialah memeriksa penandaan harga dan menyerahkan notis bertulis untuk premis menyatakan setiap kos yang terlibat sehingga harga tersebut ditawarkan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu tular berkenaan sekiranya laporan telah diterima dan tindakan daripada pihak KPDN Sabah.
Zulfamy berkata, beliau ketika ini masih menunggu laporan daripada pasukannya.
"Kenyataan media akan dikeluarkan nanti," katanya.
Sinar Harian pada Rabu melaporkan seorang pengguna Facebook meminta orang ramai berhati-hati menjamu selera di sebuah restoran di pusat bandar Kota Kinabalu selepas dikenakan bayaran RM50 untuk seekor sotong dalam hidangannya.
Dalam hantaran di media sosial itu turut disertakan gambar sepinggan nasi berlaukkan sotong manis dan sayur bersama resit dengan jumlah keseluruhan makanan bernilai RM75.
Hantarannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang terkejut dengan harga sotong manis yang tertera pada resit tersebut.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#sotong manis
#KPDN Sabah
#caj tidak munasabah
#sotong mahal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan