KUALA BERANG:Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengemukakan permohonan supaya aktiviti 'dine-in' atau makan dalam kawasan premis menjual makanan dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata permohonan itu akan dikemukakan kepada Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.
Beliau berkata permohonan itu dibuat bagi membela kebajikan bukan sahaja pengusaha premis makanan dan peniaga trak makanan, malah pekerja, pembekal dan pemborong bahan makanan serta sesiapa sahaja yang terlibat dalam industri makanan.
"Bagi setiap satu premis yang dibenarkan 'dine-in', ia dapat membantu memulihkan ekonomi dan kehidupan sekurang-kurangnya lima individu yang terlibat dalam rantaian pembekal barangan dan bahan mentah," katanya kepada pemberita selepas meninjau jualan kedai runcit bergerak 'Prihatin Mart' di Dataran Kampung Langgar, di sini hari ini.
Beliau berkata rata-rata pemilik premis dan trak makanan yang mengadu nasib mereka kepada KPDNHEP berjanji akan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan MKN sekiranya aktiviti itu dibenarkan.
Sementara itu, Rosol berkata KPDNHEP juga akan memohon supaya premis menjual pakaian dibenarkan beroperasi sepanjang PKP ini demi memastikan kelangsungan hidup peniaga dan pekerja terutama di musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut beberapa bulan lagi.
"Kita tahu sekarang ini kita dalam dilema antara ekonomi dan kesihatan. Lagipun kluster baharu banyak berlaku di kawasan tapak pembinaan, kawasan-kawasan perniagaan seperti restoran dan kedai makan, pasar malam dan premis jual pakaian tiada lagi kluster jadi kita harap MKN dapat pertimbangkan.
"Ini rintihan rakyat dari akar umbi yang terkesan dengan COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 06 2021

KPDNHEP akan mengemukakan permohonan supaya aktiviti makan dalam kawasan premis menjual makanan dibenarkan sepanjang tempoh PKP. - Gambar fail

AWANI Ringkas: MCA komited kekal bersama BN

Lawatan PM | Pintu Kaabah dibuka untuk Perdana Menteri
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi penghormatan untuk memasuki Kaabah ketika menunaikan ibadah Umrah. Pintu Kaabah dibuka untuk Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta beberapa tetamu lain.

Seorang bapa dituduh lakukan amang seksual terhadap anak kandung
Bapa kepada tiga anak ini didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Bandar Putra Kulai pada Jun dan Febuari tahun lepas.

55 usahawan berjaya tingkat hasil jualan bawah program INSKEN - Wan Junaidi
Ia kejayaan INSKEN mempersiapkan usahawan dengan ilmu dan kemahiran yang relevan serta sesuai untuk mereka bersaing di dalam industri yang semakin mencabar.

COVID-19: Mutasi varian Nigeria tidak jejas kemampuan kesan individu dijangkiti
Ini kerana kit tindak balas Polymerase Chain Reaction (PCR) yang sedia ada menggunakan pelbagai sasaran untuk mengesan varian walaupun seseorang itu tidak bergejala.

Gempa bumi 5.8 magnitud landa wilayah Maluku
Gempa bumi dengan kekuatan 5.8 skala Richter melanda wilayah Maluku di timur Indonesia pada Ahad, menurut laporan agensi meteorologi dan geofizik.

Bekas pemain ragbi kebangsaan 'Doc Malan' meninggal dunia
Dr Mazlan Ismail, meninggal dunia akibat serangan strok pada pukul 12.58 tengah malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Vaksin COVID-19 | 127,608 disuntik sehingga hari ke-12 PICK
Seramai 127,608 individu telah divaksin dalam tempoh 12 hari fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancarkan. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Ser Adham Baba daripada jumlah itu, Sarawak kekal merekodkan jumlah suntikan dos pertama vaksin tertinggi dengan 18,034 individu sehingga Sabtu.

Politik | Gubal Akta Anti Lompat Parti perlu sokongan dua pertiga
Penggubalan Akta Anti Lompat Parti memerlukan sokongan dua pertiga majoriti di Parlimen bagi meminda Perkara 10 (1)(c) dalam Perlembagaan Malaysia. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan menjelaskan sekiranya perkara berkenaan tidak dipinda, ianya boleh di cabar oleh mana mana pihak di mahkamah.

Diplomasi | Memahami hubungan berterusan Malaysia-Arab Saudi
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kini sedang melakukan lawatan rasmi ke Arab Saudi bagi memenuhi jemputan Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, yang juga penjaga dua masjid suci. Media melaporkan Perdana Menteri merupakan ketua negara pertama yang diberi peluang melawat ke dalam Kaabah, yang pemerhati hubungan antarabangsa melihat ia sebagai satu penghormatan yang cukup tinggi. Bagi memahami hubungan akrab antara dua negara ini, kita bersama Dengan Felo Kanan Institus Perhubungan Antarabangsa Dr Oh Ei Sun di talian.

KPDNHEP akan kemuka permohonan benarkan makan di premis
KPDNHEP akan mengemukakan permohonan supaya aktiviti 'dine-in' atau makan dalam kawasan premis menjual makanan dibenarkan sepanjang tempoh PKP.