KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersedia menimbang cawangan tambahan kementerian itu di Sarawak sekiranya ada keperluan, khususnya bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna di negeri tersebut.
Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata sebarang keputusan untuk membuka cawangan perlu mengambil kira beberapa faktor, antaranya ialah jumlah pengguna dan komuniti peniaga di satu-satu kawasan.
Pada masa ini terdapat sembilan cawangan dan tiga cawangan kecil di seluruh Sarawak, katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Residen Serian, kira-kira 60 kilometer dari bandar raya Kuching hari ini.
"(Pembukaan cawangan baharu juga) bergantung kepada keperluan, jika kita terima maklum balas atau permohonan yang kukuh kita akan buka (cawangan)," katanya.
Sementara itu, Nanta berkata sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac tahun lalu, pegawai KPDNHEP di setiap cawangan di seluruh negara telah melaksanakan tugas yang baik.
"Kita lihat tidak ada kes yang teruk seperti pembelian panik besar-besaran atau kekurangan bekalan makanan atau kes barang naik harga secara mendadak... mungkin ada tetapi cuma kes yang kecil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 12 2021
Nanta berkata sebarang keputusan untuk membuka cawangan perlu mengambil kira beberapa faktor, antaranya ialah jumlah pengguna dan komuniti peniaga di satu-satu kawasan. - Astro AWANI
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan kembali menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.
Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android
Seorang wanita didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjual kotak TV android yang mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan.
Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.
Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.
Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.
KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.
Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.
Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.