awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan komited perkukuh tadbir urus pendigitalan negara - Gobind
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, dipacu data positif IPP Disember
KPM, KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib Bahasa Melayu, Sejarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNHEP siasat CMS Cement

Bernama
Bernama
28/06/2019
20:00 MYT
KPDNHEP siasat CMS Cement
KPDNHEP bekerjasama dengan MyCC menjalankan penilaian terhadap pasaran simen di Malaysia. - Gambar Fail/ASTRO AWANI
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang menyiasat CMS Cement Sdn Bhd (CMS) sama ada syarikat tersebut memenuhi keperluan lesen yang dikeluarkan serta mendapat kebenaran untuk meningkatkan harga simen.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya telah menghantar notis untuk mendapat maklumat mengenai perbezaan harga simen yang ketara dari pemain industri di Sarawak.
Ini berikutan, isu harga simen yang tinggi di Sarawak yang mana CMS memegang monopoli dalam pengeluaran simen di negeri tersebut.
KPDNHEP dalam kenyataan media pada Jumaat, turut berkata kementerian mendapati terdapat beberapa perubahan harga yang dilakukan oleh CMS pada 2011, 2014 dan 2016.
Bersandarkan data dibekalkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan analisis oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), terdapat perbezaan harga simen sekitar 57 peratus bagi beg 50kg dan 40 peratus bagi simen pukal antara Semenanjung Malaysia, terutamanya di Selangor dengan Sarawak.
Saifuddin berkata kementeriannya turut bekerjasama dengan MyCC menjalankan penilaian terhadap pasaran simen di Malaysia.
Penilaian tersebut, yang memberi gambaran keseluruhan industri secara holistik dan analisis struktur pasaran simen di Sarawak, mendapati CMS mempunyai kelebihan kompetitif sebagai pembekal simen tunggal serta merupakan pengimport simen terbesar di Sarawak.
Pada masa sama, terdapat kekangan untuk membangunkan kilang pengeluaran simen di Sarawak dan modal besar juga diperlukan bagi menjamin pengeluaran simen yang konsisten dalam pasaran sama.
Pada 23 Jun, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mendedahkan harga simen di Sarawak adalah secara ketara lebih tinggi berbanding di Semenanjung Malaysia.
Beliau berkata satu penyiasatan diperlukan bagi menentukan sama ada harga itu akibat amalan monopoli industri simen tempatan di Sarawak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CMS Cement
#harga simen
#KPDNHEP
#lesen
#Lim Guan Eng
#monopoli
#MyCC
#notis
#pasaran
#Saifuddin Nasution Ismail
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan