awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS rampas pelbagai jenis bahan makanan tidak ikrar di Bukit Kayu Hitam
PBB sangat aktif jadi pengantara konflik, kata Guterres
FAMA perluas rangkaian Kopiesatu, buka peluang keusahawanan dan ekonomi setempat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNHEP Terengganu keluar 47 notis kepada peniaga ayam

Astro Awani
Astro Awani
28/11/2021
00:33 MYT
KPDNHEP Terengganu keluar 47 notis kepada peniaga ayam
KPDNHEP Terengganu mengeluarkan 47 notis pengesahan maklumat barangan (NPMB) kepada peniaga ayam di seluruh negeri sehingga 26 November tahun ini. -Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu mengeluarkan 47 notis pengesahan maklumat barangan (NPMB) kepada peniaga ayam di seluruh negeri sehingga 26 November tahun ini.
Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia berkata daripada jumlah itu 41 notis pemberitahuan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 diberikan kepada peniaga untuk menurunkan harga jualan ayam.
Manakala empat kertas siasatan telah dibuka ke atas empat pemborong yang gagal menurunkan harga jualan mereka mengikut kadar ditetapkan.
Dalam pada itu, mengulas kenaikan harga telur ayam di pasaran, Saharuddin berkata harga makanan yang semakin meningkat juga menyebabkan pengeluar menanggung kos yang tinggi dan terpaksa menaikkan harga.
Sementara itu, bagi kenaikan harga sayuran pula dikatakan berpunca daripada kekurangan bekalan akibat kerosakan hasil pertanian pada musim tengkujuh dan pertambahan kos bahan pertanian.
Beliau juga berkata kenaikan harga sayuran adalah bersifat sementara dan dijangka akan mengalami penurunan semula.
Saharuddin turut menyarankan pengguna agar berbelanja secara bijak dengan memilih premis yang menawarkan barangan pada harga berpatutan di samping merujuk kepada aplikasi Price Catcher yang disediakan KPDNHEP.
Topic Berkaitan
#kenaikan harga
#KPDNHEP Terengganu
#Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan
#Saharuddin Mohd Kia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan