Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bercadang menetapkan garis panduan pengasingan penggunaan troli bagi barangan halal dan tidak halal di pasar raya, dalam syarat permohonan lesen perniagaan di masa akan datang.
Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Ahmad berkata ini kerana ketika ini kerajaan hanya menggalakkan pengusaha pasar raya untuk mengasingkan penggunaan troli dan tiada syarat tetap yang mewajibkan mereka melakukan perkara itu.
"Buat masa ini belum ada lagi mandatori mewajibkan pengasingan troli tapi kementerian menggalakkan pengusaha pasar raya membudayakan usaha itu kerana kita percaya 'self compliance' ini akan membuka mata pihak lain untuk mengikuti langkah ini.
"Tapi satu masa kelak sekiranya 'self compliance' ini tak dapat dilaksanakan maka kerajaan tidak ada pilihan lain untuk menetapkan garis panduan pengasingan troli untuk memastikan pengguna Islam lebih selesa dan yakin untuk membuat pembelian," katanya selepas meninjau usaha pasar raya NSK yang melaksanakan pengasingan troli di Kuchai Lama di sini hari ini.
Mengulas lanjut Alias berkata antara panduan yang akan ditetapkan termasuklah membezakan warna troli dan pengasingan kaunter pembayaran bagi barangan halal dan tidak halal.
Pada masa yang sama KPDNKK akan turut membuat pemantauan bagi memastikan penguasaha patuh kepada pengasingan barangan halal dan tidak halal ditempatkan di pasar raya dalam usaha memberi keselesaan kepada pengguna.
"Panduan yang mungkin kita akan laksanakan ialah menyarankan penguasaha pasar raya mengasingkan troli mengikut warna agar selaras di seluruh negara sebagai contoh seperti yang dilakukan di NSK ini dengan melabelkan troli berwarna merah bagi barangan tidak halal dan troli berwarna biru bagi barangan halal.
"Dalam konteks ini saya melihat usaha pengasingan ini mampu memberi persaingan antara pasar raya kerana langkah itu dianggap satu tawaran yang lebih baik kepada pengguna selain tawaran biasa seperti harga barang," katanya.
Dalam perkembangan lain, Alias berkata bekalan makanan laut dijangka berkurangan sehingga 30 peratus pada sambutan Tahun Baru Cina ini disebabkan fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini.
Bagaimanapun katanya kementerian telah bekerjasama dengan pelbagai agensi berkaitan untuk memastikan bekalan mencukupi dengan mengimport barangan berkenaan bagi memenuhi permintaan pengguna.
"Kita turut meletakkan 2,300 penguatkuasa KPDNKK bagi memantau harga dan memastikan peniaga mematuhi syarat," katanya.
Bernama
Tue Jan 19 2016
Ketika ini kerajaan hanya menggalakkan pengusaha pasar raya mengasingkan penggunaan troli dan tiada syarat tetap yang mewajibkannya. -Gambar hiasan
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
KPDNKK cadang tetapkan garis panduan pengasingan troli dalam syarat lesen
Ketika ini kerajaan hanya menggalakkan pengusaha pasar raya untuk mengasingkan penggunaan troli dan tiada syarat tetap yang mewajibkan mereka melakukan perkara itu.