Skip to main content

Malaysia

Lebih 14.2 juta individu terima BUDI95 dengan penggunaan lebih 13.4 bilion liter - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 3 Ogos -- Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada sesi soal jawab lisan pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas, Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Amir Hamzah pada sesi soal jawab lisan pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas, Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Lebih 14.2 juta daripada 16.7 juta individu yang menerima BUDI MADANI RON95 (BUDI95) telah menikmati subsidi berkenaan yang melibatkan penggunaan lebih 13.4 bilion liter, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata harga RON95 tanpa subsidi yang berubah mengikut harga pasaran hanya terpakai kepada pembeli yang tidak layak menerima subsidi, termasuk bukan warganegara dan pihak yang tidak memenuhi kriteria kelayakan BUDI95.

"Berdasarkan data penggunaan sebenar BUDI95 antara Oktober 2025 sehingga Jun 2026, kurang daripada satu peratus pengguna BUDI95 menggunakan lebih 200 liter RON95 secara konsisten.

“Secara purata, penggunaan RON95 adalah sekitar 100 liter sebulan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Bobbey Ah Fang Bin Suan berkenaan impak penjimatan tahunan daripada pelaksanaan subsidi bersasar RON95.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement