awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNKK tetap harga maksimum 13 barangan sempena Tahun Baru Cina

Bernama
Bernama
23/01/2014
23:30 MYT
KPDNKK tetap harga maksimum 13 barangan sempena Tahun Baru Cina
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga maksimum untuk 13 jenis barangan harga terkawal bagi pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2014.
Menurut pengumuman dalam portal rasmi kementerian berkenaan, skim itu akan berkuat kuasa Ahad ini (26 Jan) sehingga 9 Feb.
Tempoh pelaksanaan skim pada kali ini adalah selama 15 hari iaitu lima hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan sembilan hari selepas perayaan, menurut portal berkenaan.
13 jenis barangan harga terkawal itu ialah:
*Ayam hidup
*Ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya)
*Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)
*Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga dan 69.9 gram sebiji)
*Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji)
*Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji)
*Kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing)
*Bawang putih (China)
*Ikan bawal putih (berat antara 200 gram hingga 400 gram seekor)
*Udang putih besar (berat antara 41 hingga 60 ekor sekilogram)
*Babi hidup
*Daging babi (perut)
*Daging babi (daging dan lemak)
Untuk mengetahui senarai penuh penentuan harga maksimum borong dan runcit bagi barangan harga terkawal bagi skim itu, orang ramai boleh melayari portal rasmi kementerian.
Topic Berkaitan
#kementerian perdagangan dalam negeri
#Koperasi dan Kepenggunaan
#KPDNKK
#Skim Kawalan Harga Musim Perayaan
#Tahun Baru Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan