KUCHING: Sebanyak 206 prosedur pembedahan ganti sendi lutut berjaya dilakukan menggunakan teknologi canggih Pembantu Pembedahan Robotik (ROSA) di Hospital Pakar KPJ Kuching sejak Ogos lalu.
Menurut pakar bedah ortopediknya, Dr Lee Woo Guan, kaedah pembedahan invasif minimum ini mengurangkan kecederaan semasa pembedahan.
Ia sekali gus memendekkan masa pemulihan pascapembedahan kepada tempoh kurang dua minggu untuk pesakit kembali berjalan tanpa memerlukan tongkat, berbanding empat minggu jika menggunakan kaedah tradisional.
“Ia mengurangkan kesilapan pembedahan, maksudnya tidak perlu lepaskan banyak ligamen. Maka pemulihan pesakit akan lebih cepat dan apabila penjajaran (alignment) itu betul maka implan itu boleh tahan lama sehingga 25 tahun.
“Peranan robot itu bermula sebelum pembedahan dengan pesakit perlu melakukan imbasan sinar-X khas untuk melihat penjajaran lutut dari pinggul ke buku lali dan kemudiannya dihantar ke pusat mesin di Montreal, Kanada untuk menjana model khas pembedahan yang disesuaikan bagi pesakit berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media dalam sebuah majlis tertutup '200 Leaps, A Million Smiles: KPJ Kuching's Remarkable Journey with ROSA' yang disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dekat sini pada Khamis.
Katanya lagi, Hospital Pakar KPJ merupakan pusat rawatan yang pertama dan satu-satunya fasiliti kesihatan di Borneo yang mempunyai teknologi robotik untuk penjagaan ortopedik pada waktu ini dengan kos yang lebih murah berbanding di Semenanjung Malaysia.
“Kos pembedahan bagi satu lutut di sini adalah bermula daripada RM31,888 untuk sebelah lutut dan bermula RM58,888 ribu untuk kedua-dua lutut berbanding RM40,000 untuk satu lutut dan RM70,000 untuk dua lutut di Semenanjung,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad, Chin Keat Chyuan berkata pihaknya mahu memperluas penggunaan teknologi robotik di pelbagai fasiliti kesihatan KPJ di wilayah lain bagi mengulangi kejayaan yang sama.
“Antaranya kami melihat kepada Hospital Pakar KPJ Ipoh, Hospital Pakar KPJ Damansara 2, Hospital Pakar KPJ Puteri, dan satu lagi di Sarawak iaitu di Pusat Perubatan Pakar KPJ Sibu,”
katanya.
Astro Awani
Sun Mar 31 2024
Dr Lee Woo Guan, berkata kaedah pembedahan invasif minimum ini mengurangkan kecederaan semasa pembedahan.
Suruhanjaya Sekuriti akan lancar Bursa Sosial pada akhir tahun ini - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dijangka melancarkan Bursa Sosial, yang pertama seumpamanya di ASEAN, menjelang akhir tahun ini.
Permohonan, kelulusan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dipermudah - KPDN
Seramai 2,800 pengusaha yang menawarkan Menu Rahmah di premis mereka sebelum ini akan mendapat Kad Diskaun Khas Menu Rahmah secara automatik.
AWANI Ringkas: Peguam berhubung dengan SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Empat lagi anggota Kastam didakwa terima rasuah kes lori lolos pemeriksaan
Mereka didakwa menerima rasuah daripada seorang pemilik syarikat sebagai dorongan tidak memeriksa lori milik syarikat itu yang membawa barangan dari kargo KLIA.
Polis kesan lima lelaki bantu siasatan kes gaduh
Polis sedang mengesan lima lelaki disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan di sebuah kedai permainan komputer di kawasan Buntong di Ipoh.
Mahkamah tolak permohonan Rosmah masukkan kerajaan, polis sebagai pihak ketiga
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk memasukkan kerajaan dan polis sebagai pihak ketiga dalam kes saman syarikat barangan kemas.
ETS beroperasi melalui jadual baharu mulai 1 Ogos - KTMB
KTMB mengumumkan perkhidmatan ETS akan beroperasi melalui jadual perjalanan baharu untuk semua laluan dengan masih mengekalkan 32 perkhidmatan sehari mulai 1 Ogos ini.
Laporan penuh nahas helikopter TLDM diterbitkan esok - Fahmi
Laporan penuh nahas helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya di Lumut, Perak telah siap dan akan dikeluarkan esok.
Pendanaan awam politik kurangkan kes rasuah - IDEAS
Kebaikan pendanaan awam bagi parti politik dapat mengurangkan kebergantungan kepada dana pihak-pihak berkepentingan seperti syarikat-syarikat besar, individu-individu kaya dan sebagainya yang lazimnya mengharapkan imbuhan daripada derma diberi.
Sikon Remal: Angka korban meningkat kepada 32 orang
Angka kematian susulan Siklon Remal meningkat kepada 32 orang di Bengal Barat dan empat negeri di India.
KPJ Kuching laksana lebih 200 pembedahan lutut secara robotik
Pencapaian itu menunjukkan komitmen dalam melaksanakan sistem perubatan berteknologi tinggi dan penjagaan kesihatan mengutamakan pesakit.