awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPK, MARGMA bincang langkah-langkah tangani isu industri sarung tangan getah - Johari

Bernama
Bernama
20/01/2024
21:15 MYT
KPK, MARGMA bincang langkah-langkah tangani isu industri sarung tangan getah - Johari
Johari menerima kunjungan hormat daripada MARGMA bagi membincangkan permasalahan industri sarung tangan getah Malaysia. - Foto Facebook/Johari Abdul Ghani
KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah berbincang dengan Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) mengenai beberapa cadangan serta langkah-langkah yang perlu untuk menangani isu-isu penting agar industri boleh berdepan dengan cabaran global.
Menterinya Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata industri sarung tangan getah Malaysia kini beroperasi dalam persekitaran eksport yang agak mencabar kerana syarikat tempatan menghadapi persaingan sengit terutamanya dari negara yang mempunyai akses kepada tenaga murah.
Terdahulu, pada Sabtu, Johari menerima kunjungan hormat daripada MARGMA bagi membincangkan permasalahan industri sarung tangan getah Malaysia.
"Turut hadir Presiden MARGMA, Oon Kim Hung serta ahli jawatankuasa persatuan," katanya menerusi hantaran di laman sosial X beliau, pada Sabtu.
MARGMA yang ditubuhkan pada 28 Jun 1989, ialah persatuan industri bukan keuntungan yang ahlinya terdiri daripada pengeluar sarung tangan getah Malaysia dan pembekal berkaitan serta organisasi sokongan.
Sejak penubuhannya, persatuan itu telah menjadi suara rasmi dan penyokong kepada industri sarung tangan getah di Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPK
#Kementerian Perladangan dan Komoditi
#JOHARI ABDUL GHANI
#MARGMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan