KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) cenderung kepada formula pemberian subsidi bersasar sekiranya harga ayam kembali naik secara mendadak selepas penamatan subsidi dan kawalan harga ayam yang berkuat kuasa 1 Nov ini.
Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pemberian subsidi bersasar dilihat lebih sesuai untuk memastikan hanya golongan yang memerlukan dan terkesan dapat menikmati subsidi itu.
"Kalau kenaikan (harga ayam) melampau, kita cenderung kepada pemberian subsidi bersasar kepada golongan B40 yang terkesan kerana jika kita beri subsidi secara pukal, ia hanya menguntungkan tauke dan pengilang besar.
"... harga (makanan ayam) jagung bijirin dan kacang soya menurun, justeru harga ayam juga sudah turun, malah ada tempat menjual ayam pada harga kurang RM7 (sekilogram)," katanya ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Mohamad berkata seperti yang diumumkan pada sidang media berhubung penamatan subsidi ayam pagi tadi, keputusan kerajaan melepaskan subsidi sumber protein itu merupakan keputusan yang tepat.
Beliau berkata pembekal juga memberi jaminan bahawa bekalan ayam mencukupi buat masa ini dan masa hadapan, selain akan meningkatkan pengeluaran sumber makanan itu.
Sementara itu, mengulas isu monopoli Padiberas Nasional Berhad (Bernas) sebagai gatekeeper tunggal, katanya model penswastaan Bernas adalah bersifat subsidi silang, iaitu keuntungan import akan diguna pakai untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan kerajaan.
"Berbanding dengan perjanjian konsesi antara kerajaan dan Bernas sebelum ini, penambahbaikan dibuat dengan menetapkan Bernas melaksanakan 10 obligasi sosial bagi pihak kerajaan bernilai RM3.2 bilion yang meliputi pelbagai program dan insentif di sepanjang rantaian nilai industri bagi tempoh perjanjian konsesi baharu.
"Justeru, dasar yang dilaksanakan pada ketika ini adalah masih relevan dalam mendepani situasi semasa. Prestasi Bernas selaku pengimport utama beras negara sentiasa dipantau dan diberikan penilaian oleh kerajaan melalui pencapaian prestasi utama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2023
Mohamad berkata, pemberian subsidi bersasar dilihat lebih sesuai untuk memastikan hanya golongan yang memerlukan dan terkesan dapat menikmati subsidi itu. - Gambar fail
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.