awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKM usaha bantu pulihkan ternakan babi susulan demam babi Afrika - Mohamad

Bernama
Bernama
29/03/2025
04:45 MYT
KPKM usaha bantu pulihkan ternakan babi susulan demam babi Afrika - Mohamad
DVS Selangor sebelum ini memaklumkan setakat ini telah melupuskan kira-kira 14,000 ekor babi dipercayai dijangkiti penyakit ASF secara eutanasia. - Gambar hiasan
KLANG: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang mencari jalan dalam membantu memulihkan penternakan babi yang terjejas susulan wabak demam babi Afrika (ASF) khususnya yang melanda Selangor ketika ini.
Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ketika ini penternakan babi di daerah Sepang dan Kuala Langat menghadapi masalah besar, susulan ribuan haiwan berkenaan terpaksa dilupuskan selepas dikesan terjangkit ASF.
Beliau berkata keadaan itu dijangka meningkatkan harga daging ternakan itu, susulan terpaksa bergantung dengan daging import.
"Usaha sedang dijalankan supaya penternak akan terus dapat memelihara (ternakan babi) yang baharu," katanya pada Majlis Pelancaran Program Semarak Syawal 1446 Hijrah Peringkat Kebangsaan di Pasar Tani Taman Sri Andalas, di sini, hari ini.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Selangor sebelum ini memaklumkan setakat ini telah melupuskan kira-kira 14,000 ekor babi dipercayai dijangkiti penyakit ASF secara eutanasia.
Pengarah DVS Selangor Dr Hassuzana Khalil berkata pelupusan ternakan berkenaan menggunakan gas karbon dioksida dan ditanam di kawasan ladang babi mengikut kaedah yang telah ditetapkan.
Beliau berkata sehingga kini sebanyak 58 ladang meliputi daerah Sepang dan Kuala Langat telah merekodkan ASF dan diberikan perintah di bawah Seksyen 19 Akta Binatang 1953 (Akta 647) untuk pelupusan sebagai langkah kawalan perebakan penyakit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ternakan babi
#Demam Babi Afrika
#ASF
#KPKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan