GEORGE TOWN:Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bakal memperkenalkan Dasar Pembangunan Semula Perumahan Awam bagi membolehkan rumah baharu yang lebih selesa dibina menggantikan kediaman yang sudah terlalu lama.
Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata menerusi dasar itu, rakyat terutama golongan B40 dapat mendiami rumah yang lebih besar dengan kemudahan-kemudahan lengkap berbanding rumah lama yang sedang didiami mereka.
"Rumah yang sudah berusia 30 tahun kita robohkan dan buat perumahan baharu. Kaedah ini lagi bagus kepada pemilik, ini kerana jika kita bina rumah baharu, mereka akan dapat rumah yang lebih besar.
"Perumahan awam (rumah mampu milik) sedia ada hanya berkeluasan 750 kaki persegi dan menerusi polisi baharu ini rumahnya mesti berkeluasan 900 kaki persegi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bersama Exco Perumahan Negeri Kedah berkenaan projek Program Perumahan Rakyat (PPR) Ayer Hitam, Jerlun, Kedah di sini hari ini.
Zuraida berkata kaedah pada masa ini iaitu membuat penyelenggaraan terhadap rumah-rumah awam termasuk PPR sudah tidak lagi berekonomi berbanding pembinaan semula rumah baharu yang lebih menguntungkan.
"Maka kita luluskan rumah-rumah lama buat pembangunan semula, tapi tanpa perbelanjaan daripada kerajaaan, kita boleh gunakan penglibatan swasta dan sebahagian tanah itu pihak swasta boleh membina rumah bagi jualan mereka sendiri," katanya.
Beliau berkata dasar tersebut kini sedang di peringkat diperkemaskan dan bakal dibawa ke Kabinet seterusnya dibentangkan di Parlimen untuk diluluskan.
Sementara itu, berhubung permasalahan PPR Ayer Hitam di Jerlun itu, Zuraida berkata rumah berkenaan telah siap pada 15 Ogos tahun lepas dan penyerahannya sedikit tertunda berikutan masalah teknikal antaranya pertukaran skim rumah.
"Kita akan selesaikan isu ini secepat mungkin, senarai nama pembeli sudah ada seramai 630 orang yang layak membeli rumah itu dan saya telah arahkan pegawai untuk papar nama pemohon yang layak pada Isnin depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 26 2020

Zuraida (kiri) mengadakan sidang akhbar selepas mesyuarat berkenaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ayer Hitam, Jerlun, Kedah di Restoran Pen Mutiara, Batu Maung di sini hari ini. - BERNAMA

Darell Leiking sahkan Adun Sebatik keluar Warisan
Darell Leiking mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir sudah keluar daripada parti itu.

Nasib 700 pekerja kilang tayar Silverstone Taiping akan dibela - Exco
Setakat ini 200 pekerja syarikat Silverstone telah diserapkan ke kilang Toyo Tire Malaysia Sdn Bhd.

Lim Guan Eng menang rayuan berhubung ganti rugi kes saman terhadap Perkasa
Mahkamah membenarkan kos RM50,000 diberikan kepada Lim, yang merupakan Setiausaha Agung DAP dan juga bekas Menteri Kewangan.

Nadal tarik diri daripada Terbuka Rotterdam kerana kecederaan belakang
Pemain nombor dua dunia itu sepatutnya akan mewakili Sepanyol dalam kejohanan di Rotterdam Ahoy itu minggu depan.

Akta 446: Kerajaan dicadang sediakan insentif kepada majikan, kontraktor
Kerajaan dicadang memberikan insentif atau subsidi kepada majikan dan kontraktor bagi memastikan mereka dapat menyediakan penempatan lebih baik kepada pekerja serta memutuskan rantaian COVID-19.

Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat
Azhar memberitahu teman-temannya berubah sikap dan menjadi "seolah-olah mereka bukan kawan" apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

AWANI Ringkas: Masih ramai tidak percaya, tidak yakin

Intelek gesa NGO bantu sedia kelas pasca PdPR
Pertubuhan Intelek Wawasan Malaysia (Intelek) menggesa lebih banyak NGO tampil membantu menyediakan kelas kepada pelajar pada fasa pasca pelaksanaan PDPR.

Peniaga dijangka lebih berhati-hati suku pertama 2021
Sektor industri merupakan sektor utama menunjukkan isyarat pemulihan namun masih dalam sentimen pesimis dengan petunjuk keyakinan -4.4 peratus pada suku tahun 2021.

Upacara perkahwinan bukan Islam dibenar di kawasan PKP, PKPB, PKPP - JPN
Keputusan itu dibuat kerajaan bagi membolehkan upacara perkahwinan bukan Islam yang tertangguh semasa tempoh PKP 2.0 dapat dilaksanakan.

Kajian rintis sistem pengurusan pelupusan kereta selama enam bulan
Kerajaan akan melaksanakan satu kajian rintis selama enam bulan bagi memantapkan sistem pengurusan pelupusan kereta terbiar.

Kajian pelupusan kereta terbiar, usang akan dilaksana - KPKT
Kajian akan dilaksanakan bagi memantapkan sistem pengurusan pelupusan kereta terbiar dan mencari kaedah pelaksanaan terbaik oleh pihak

Isu rumah terbengkalai: Di mana hak pembeli?
Memiliki rumah sendiri merupakan impian bagi kebanyakan individu yang sekali gus bakal menjadi komitmen kewangan terbesar bagi sesebuah keluarga.

KPKT peruntuk RM8.9 juta bangunkan kawasan pelancongan, jana pendapatan PBT
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM8.9 juta bagi kerja penyelenggaraan dan membaik pulih kemudahan pelancongan di tiga lokasi di dalam negara.

KPKT bakal perkenal Dasar Pembangunan Semula Perumahan Awam
KPKT bakal memperkenalkan Dasar Pembangunan Semula Perumahan Awam bagi membolehkan rumah baharu yang lebih selesa dibina menggantikan kediaman yang sudah terlalu lama.

Kerja pembaikan dijalankan di PPAM Melinjau, kos ditanggung pemaju
Beberapa ratus unit rumah terjejas telah siap dibaiki manakala 127 unit lagi masih belum selesai yang melibatkan pelbagai kerosakan seperti struktur dan reka bentuk yang tidak menepati standard.

Highland Towers: Pengindahan kawasan mampu ubah stigma masyarakat
Presiden Persatuan Penduduk Taman Sri Ukay/Hill View mengalu-alukan rancangan tersebut.

Tun Musa Hitam harap kerajaan bina tugu peringatan di tapak Highland Towers
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam menyeru agar tapak tragedi Highland Tower diwartakan sebagai tugu peringatan.

Highland Towers jadi tapak bersejarah, bukan tugu peringatan - Zuraida
KPKT tidak berhasrat membina tugu peringatan di tapak berkenaan seperti dilaporkan media.

KPKT rancang bina tugu peringatan di tapak kondominium Highland Towers
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhasrat membangunkan tugu peringatan di tapak kondominium Highland Towers yang terbiar sejak 27 tahun lalu.