KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang berusaha memastikan permohonan 62 rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada bekas atlet kebangsaan dipenuhi.
Menteri berkenaan Datuk Zuraida Kamaruddin berkata 80 peratus daripada jumlah permohonan itu tidak mengalami sebarang masalah untuk diluluskan namun baki 20 peratus iaitu permohonan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur (KL) berdepan kesukaran atas faktor lokasi.
"Sebagaimana kita (KPKT) bagi peluang kepada bekas artis untuk memiliki rumah, begitu juga kita akan beri kepada bekas atlet kebangsaan. Insya-Allah kita boleh memenuhinya.
"Di kawasan seperti Johor, Sabah dan Sarawak kita boleh selesaikan, jadi dalam senarai permohonan itu, 80 peratus kita boleh urus dan selesaikan cuma di Selangor dan KL mungkin ambil masa dan perlu lihat pembangunan baharu atau sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Penyerahan Sumbangan kepada bekas atlet kebangsaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dengan Kerjasama Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).
Sebelum ini, seramai 25 penggiat seni veteran menerima surat tawaran menyewa unit PPR di bawah Inisiatif Perumahan Komuniti Seni Prihatin yang diusahakan FINAS dan KPKT dengan 19 ditawarkan kediamaan PPR Sri Aman Kuala Lumpur manakala enam ditempatkan di PPR Lembah Subang 2.
Sementara itu, Pengerusi YAKEB Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed tidak menolak kemungkinan lebih ramai bekas atlet bakal membuat permohonan untuk memiliki rumah pertama mereka selepas ini.
Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya akan membuat tapisan terlebih dahulu sebelum memanjangkan hasrat itu kepada KPKT.
"Syarat-syaratnya ialah mereka tidak mempunyai rumah, mereka mestilah golongan B40 dan juga dalam golongan miskin, baru mereka akan dapat rumah itu," katanya.
Terdahulu, Zuraida turut mengumumkan bahawa KPKT melalui PR1MA bersetuju menyumbang 300 unit kerusi roda untuk kegunaan bekas atlet yang merupakan ahli YAKEB.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 01 2021
ZURAIDA: KPKT sedang berusaha memastikan permohonan 62 rumah PPR kepada bekas atlet kebangsaan dipenuhi. -Bernama
Seramai 150 petugas Tabung Haji sertai ziarah ke tempat bersejarah di Madinah
Seramai 150 petugas Tabung Haji (TH) bagi musim haji 1445H/2024 yang tiba di Madinah pada 2 Mei lalu, semalam dibawa melakukan aktiviti ziarah luar bagi memberi pengalaman yang akan dilalui oleh jemaa
Lelaki rogol anak kandung hingga lahir dua anak
Perbuatan suspek berusia 40-an itu terbongkar selepas mangsa yang kini berusia 20 tahun membuat laporan polis.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Kesemua mangsa yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.
AWANI Ringkas: PM ikrar noktahkan miskin tegar di Kedah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Isu Gaza dijangka dominasi Sidang Kemuncak OIC
Pengerusi OIC tegaskan wujud keperluan mendesak untuk membincangkan konflik berpanjangan di Palestin dan kemusnahan akibat perang di Gaza.
Kepentingan ziarah luar di Madinah semasa musim Haji
Ikuti perkongsian Editor Astro AWANI yang juga petugas media musim haji 1445H/2024H mengenai kepentingan ziarah luar di Madinah bagi jemaah dan petugas haji sebagaimana ditekankan oleh Pembimbing Ibadat Haji Madinah, Ustaz Mahmad Zukri Mat Hassan.
AWANI Pagi: AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [5 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham;
Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim, dua mangsa selamat
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Laporan menjelang musim Haji 1445H/2024M
Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim, dua mangsa selamat
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Laporan menjelang musim Haji 1445H/2024M
Lelaki hina wajah anak Caprice tampil mohon maaf bersemuka
Pemuda bernama Irfan yang datang dari Johor dengan menaiki bas itu dilihat bertemu dengan Farra sambil melutut meminta maaf.
Isu Gaza dijangka dominasi Sidang Kemuncak OIC
Konflik di Gaza dijangka menjadi agenda utama di Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam, OIC yang berlangsung di Gambia.
Kes saman fitnah selesai, Zuraida mohon maaf kepada Saifuddin Nasution
Kes saman fitnah oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail terhadap Datuk Zuraida Kamaruddin selesai apabila bekas Naib Presiden PKR itu membuat permohonan maaf secara terbuka.
'Syed Saddiq pemimpin muda yang berani, tak bacul' - Zuraida
Syed Saddiq merupakan seorang pemimpin muda yang menunjukkan sikap berani, kata Zuraida Kamaruddin.
Rayuan Zuraida terhadap perintah bayar RM10 juta kepada PKR didengar 1 Jul 2024
Mahkamah Rayuan menetapkan 1 Julai tahun depan untuk mendengar rayuan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin.
Lantik Tun Mahathir penasihat SG4 langkah tepat - Zuraida
Pelantikan Tun Mahathirsebagai penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri ditadbir Pas atau SG4 sewajarnya diraikan.
Pejabat Zuraida nafi ada kaitan kes penipuan bernilai RM4 juta
Datuk Zuraida Kamaruddin menafikan dakwaan berhubung kes penipuan bernilai RM4 juta dan mempunyai kaitan dengan individu yang dikenali sebagai Adam Rosly Abdullah.
Tidak puas hati, Zuraida rayu keputusan bayar RM10 juta kepada PKR
Zuraida memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkannya membayar RM10 juta berhubung isu pelanggaran syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu.
Jangan dahului mahkamah, Zuraida masih boleh buat rayuan - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin mengingatkan orang ramai supaya tidak mendahului atau menlangkaui kehakiman berhubung keputusan mahkamah yang memerintah Zuraida Kamaruddin membayar RM10 juta kepada PKR.
Keputusan tuntutan RM10 juta terhadap Zuraida belum muktamad - Azmin
Ini kerana bekas Naib Presiden PKR itu mempunyai hak di dalam Perlembagaan untuk membuat rayuan di mahkamah.
PKR teruskan saman 10 bekas ahli Parlimen keluar parti
Saifuddin Nasution berkata, fakta kes tersebut sama seperti saman yang dikemukakan PKR terhadap bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin.
Mahkamah perintah Zuraida Kamaruddin bayar RM10 juta kepada PKR
Zuraida diperintah bayar RM10 juta kerana melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada PKR.