Ringkasan AI
- Kerajaan sedang mempertimbangkan hukuman lebih berat bagi membendung kes kecurian kabel, khususnya yang melibatkan sindiket.
- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri untuk membincangkan pindaan undang-undang berkaitan isu ini.
- Penerimaan barangan curi adalah jenayah dan tindakan tegas akan diambil terhadap pembeli atau penadah kabel curi.
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan hukuman lebih berat bagi membendung kes kecurian kabel, khususnya yang melibatkan sindiket.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata langkah itu termasuk kemungkinan meminda undang-undang sedia ada bagi mengenakan hukuman lebih tegas terhadap pelaku kesalahan berkenaan.
Menurut beliau, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa berhubung dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membincangkan perkara itu.
“Kerana beberapa kali terjadi LRT dekat Kelana Jaya tidak dapat beroperasi, bukan akibat daripada kesilapan operasi, akibat daripada kehilangan kabel dicuri oleh sindiket,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) mengenai kawalan dan tindakan terhadap pihak ketiga yang membeli atau menerima kabel curi.
Mumtaz sebelum itu membangkitkan trend kecurian kabel termasuk membabitkan kabel elektrik dan infrastruktur strategik yang kemudiannya dijual kepada pengusaha barangan lusuh.
Beliau turut bertanya mengenai bentuk kawalan serta tindakan penguatkuasaan yang boleh menjadi hukuman pencegahan terhadap pihak ketiga selaku pembeli atau penadah.
Mengulas perkara itu, Nga menegaskan penerimaan barangan curi merupakan satu kesalahan jenayah dan mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan.
“Sebab itu kita memberikan isyarat yang penting, sekiranya ditangkap hukuman setimpal akan dikenakan untuk pastikan kita terus menjaga keselamatan awam dan juga kesejahteraan rakyat,” katanya lagi.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah langkah yang sedang dipertimbangkan kerajaan untuk membendung kes kecurian kabel?
A: Kerajaan sedang mempertimbangkan hukuman lebih berat, termasuk kemungkinan meminda undang-undang sedia ada bagi mengenakan hukuman lebih tegas terhadap pelaku kesalahan kecurian kabel. - Q: Siapakah kementerian yang terlibat dalam membincangkan isu kecurian kabel?
A: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa berhubung dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membincangkan isu ini. - Q: Apakah kesan kecurian kabel terhadap operasi pengangkutan awam?
A: Kecurian kabel telah menyebabkan LRT di Kelana Jaya tidak dapat beroperasi beberapa kali, bukan disebabkan kesilapan operasi tetapi akibat kehilangan kabel yang dicuri oleh sindiket. - Q: Apakah tindakan terhadap pihak ketiga yang membeli atau menerima kabel curi?
A: Penerimaan barangan curi merupakan satu kesalahan jenayah dan mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang. - Q: Apakah mesej yang ingin disampaikan kerajaan kepada pelaku kecurian kabel dan penadah?
A: Kerajaan menegaskan bahawa jika ditangkap, hukuman setimpal akan dikenakan untuk memastikan keselamatan awam dan kesejahteraan rakyat terus terjaga.