awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT kumpul maklumat rumah rosak akibat banjir

Bernama
Bernama
28/12/2023
08:38 MYT
KPKT kumpul maklumat rumah rosak akibat banjir
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui agensi di bawahnya akan mengenal pasti kerosakan rumah mangsa banjir sebelum tindakan sewajarnya dibuat. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui agensi di bawahnya akan mengenal pasti kerosakan rumah mangsa banjir sebelum tindakan sewajarnya dibuat.
Timbalan Menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata KPKT mempunyai prosedur tertentu yang perlu dipenuhi sebelum sebarang bantuan dilaksanakan.
"Program baik pulih rumah mangsa ini masih lagi berterusan dan belum diumumkan supaya dihentikan.
"Apa yang kita lihat, Kerajaan MADANI sangat memberikan tumpuan dalam perkara seperti ini (bantuan), walaupun Kelantan tidak bersama dalam kerajaan pusat tetapi tetap diberikan tumpuan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau melawat dan mendengar taklimat mengenai bencana banjir daripada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Zainal Madasin di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah JBPM (Operasi) Datuk Nor Hisham Mohamad.
Sementara itu, Aiman Athirah berkata sebanyak 495 anggota Pasukan Gerak Cepat (Red Team) daripada pasukan JBPM bersedia bagi penugasan membantu mangsa sepanjang musim Monsun Timur Laut di Semenanjung.
"Pasukan ini sentiasa bersedia untuk membantu mangsa banjir dengan segera kerana mereka mempunyai kelengkapan logistik termasuk lori dan bot, di samping turut dibantu pegawai dan anggota bomba serta anggota penyelamat yang lain," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#KPKT
#mangsa banjir
#Aiman Athirah Sabu
#rumah rosak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan