PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang melihat pelaksanaan ekonomi kitaran melalui bukti konsep (POC) di beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memperakukan kawasan PBT sebagai 'Circular City' atau PBT mampan dalam soal pengurusan sisa pepejal.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata KPKT juga sedang melihat soal insentif di peringkat permulaan serta jangka panjang yang boleh diberikan sebagai galakan kepada semua pihak untuk menjayakan agenda ekonomi kitaran itu.
"KPKT selaku agensi yang menerajui soal pengurusan sisa pepejal di negara sedang melihat satu pelan transformasi menyeluruh pengurusan sisa pepejal untuk kita beralih daripada ekosistem bersifat 'linear economy' kepada 'circular economy'," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Kenyataan yang dikeluarkan KPKT itu adalah bersempena lawatan kerjanya ke Jerman bermula 30 Mei lepas bagi melihat inisiatif serta pendekatan yang dapat memperkukuhkan usaha pembangunan agenda ekonomi kitaran dalam pengurusan sisa pepejal di Malaysia.
Ketika di Jerman, Reezal Merican melawat beberapa fasiliti berteknologi tinggi yang menjadi antara pemain utama kepada kejayaan ekonomi kitaran di Jerman iaitu Wurser Emwelt, sebuah fasiliti kitar semula yang cukup komprehensif, serta KLOH iaitu fasiliti kitar semula berteraskan organik atau biogas.
Menurut kenyataan KPKT, kedua-dua fasiliti itu mempunyai kapasiti dan teknologi untuk menguraikan sisa domestik atau organik menjadi bahan yang boleh diguna semula, antara lain seperti menjadi baja atau gas sama ada untuk kegunaan sendiri atau dijual secara komersial kepada pengguna.
Menurut kenyataan itu lagi, pasukan KPKT juga mengadakan perbincangan bersama Kementerian Persekutuan Jerman untuk Alam Sekitar, Pemuliharaan Alam Semula Jadi, Perlindungan Nuklear dan Perlindungan Pelanggan yang antara lain membincangkan potensi kerjasama antara Malaysia dengan Jerman dalam pembangunan polisi dan kerangka ekonomi kitaran yang lebih komprehensif.
KPKT berkata antara langkah yang sedang dilakukan untuk melaksanakan ekonomi kitaran di peringkat kebangsaan adalah penubuhan Majlis Ekonomi Kitaran Negara dan merangka pembangunan Pelan Induk Ekonomi Kitaran bagi sisa pepejal sebagai panduan asas kepada semua pihak.
KPKT juga sedang mengkaji pelaksanaan Extended Producer Responsibility (EPR) iaitu pendekatan meletakkan tanggungjawab kepada pengeluar untuk merawat dan melupuskan produk pascapengguna, yang merupakan amalan lazim di negara maju supaya produk yang dihasilkan dapat dirawat dan dilupus.
KPKT juga sedang meneroka potensi penggunaan teknologi rawatan sisa di punca seperti penggunaan 'anaerobic digester' (AD) dan 'composter' bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan sampah terutamanya melibatkan sisa makanan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 03 2022
Reezal Merican berkata KPKT juga sedang melihat soal insentif di peringkat permulaan serta jangka panjang yang boleh diberikan sebagai galakan kepada semua pihak untuk menjayakan agenda ekonomi kitaran itu. - Gambar fail/JAPEN
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
KPKT salur RM5.21 juta tingkatkan infrastruktur Hulu Selangor - Nga
KPKT peruntuk RM5.21 juta bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Projek Kampung Cina.
KPKT arah PBT kompaun individu buang sampah keluar kenderaan
KPKT mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk mengeluarkan kompaun terhadap individu yang membuang sampah keluar dari kenderaan serta-merta.
Jalan rosak: KKR, MoT, KPKT kukuh jalinan kerjasama
Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Pengangkutan (MOT) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengadakan perbincangan semalam dalam usaha mengukuhkan lagi jalinan kerjasam.
KPKT berjaya pulih 10,560 perumahan swasta dengan GDV RM8.23 bilion
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya memulihkan 10,560 perumahan swasta daripada 88 projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) mencecah RM8.23 bilion setakat Februari lepas.
Agong berkenan berangkat rasmi HLN 2024 Mei ini
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan untuk berangkat merasmikan Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam, Selangor pada 25 Mei.
KPKT terbuka terima cadangan mana-mana kampung sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa terbuka untuk menerima sebarang cadangan berkaitan pencalonan mana-mana kampung sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Projek rumah harga RM300,000 ke bawah paling banyak terbengkalai - KPKT
Aiman Athirah berkata daripada 81 projek berkenaan, ia membabitkan 23,031 unit rumah dan 12,565 pembeli.
Urusan lesen dipermudahkan, tempoh lulus pusat hiburan, kilang, tadika dipendekkan 14 hari
Proses dokumentasi, penilaian teknikal dan tempoh kelulusan 'Lesen Berisiko' seperti pusat hiburan, kilang dan tadika, dipendekkan kepada maksimum 14 hari bekerja berbanding 32 hari sebelum ini.
KPKT akan adakan sesi libat urus, tambah baik OSC 3.0 Plus
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengadakan sesi libat urus hingga September ini bagi menambah baik Pusat Setempat (OSC) 3.0 Plus di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).
KPKT sasar pembaziran sisa yang dilupuskan pada bulan Ramadan turun 3 peratus
Secara puratanya, sebanyak 8,159 tan sisa pepejal dilupuskan di 28 tapak pelupusan di bawah selian SWCorp pada bulan Ramadan tahun lalu.