KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperkasakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi perolehan aset baharu dalam usaha menambah baik dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan agensi itu menghadapi bencana alam.
Menteri berkenaan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata perolehan aset baharu itu dibuat bagi menampung keperluan aset sedia ada supaya operasi menyelamat terutamanya di kawasan banjir, dapat dilaksanakan dengan lebih baik pada masa akan datang.
"Baru-baru ini saya bertemu dengan Datuk Seri Mustapa Mohamed (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan telah kemukakan permohonan untuk kita buat perolehan aset kebombaan yang jauh lebih tinggi.
"Ini termasuk penambahan aset sedia ada marin seperti bot dan aset yang canggih... sebagai contoh di kawasan banjir Taman Sri Muda sebelum ini ada kawasan yang sukar untuk kita masuk (menyelamat) sebab banyak kenderaan (di kawasan banjir), jadi mungkin kita boleh guna remote pelampung (kawalan jauh) bagi memudahkan urusan menyelamat yang telah banyak digunakan di seluruh dunia,'' katanya.
Beliau berkata kepada pemberita ketika ditemui pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.
Reezal Merican berkata selain itu, kementerian juga akan memperkukuhkan aset udara bomba bagi operasi menyelamat terutamanya membabitkan kawasan banjir besar dan tanah runtuh.
"Bila ada tanah runtuh dan kawasan banjir yang menjadi pulau berlaku kesukaran untuk kita ke sana jadi apabila ada pengangkutan ini (helikopter) memudahkan pergerakan pasukan penyelamat.
"Saya juga akan pastikan dalam tempoh saya menjadi menteri, saya akan sedaya upaya letakkan agensi bomba dalam kesiapsiagaan pada tahap paling tinggi supaya rakyat lebih yakin dan rasa selamat dengan kemampuan pasukan penyelamat kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 19 2022

KPKT akan memperkasakan JBPM menerusi perolehan aset baharu dalam usaha menambah baik dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan agensi itu menghadapi bencana alam. - Foto fail/BERNAMA

Pujian Arab Saudi penghargaan sangat besar buat Malaysia - Idris
Pada musim haji tahun ini, Malaysia diiktiraf sebagai negara pertama yang memperoleh permit pengoperasian hospital di Arab Saudi.

Kadar jangka pendek diunjurkan stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM53.84 bilion dalam sistem konvensional dan RM33.48 bilion dalam dana Islam.

Meninggal dunia selepas persidangan PVATM
Allahyarham yang berehat di bilik hotel selepas selesai persidangan rebah selepas keluar dari tandas.

Banjir di Baling: Isytihar darurat bencana tahap i atau II - MB
Pengisytiharan itu amat penting bagi mempercepatkan operasi bantuan daripada agensi negeri dan Persekutuan.

ASEAN harus terus jadi gagasan yang dihormati, dipercayai - Ismail Sabri
Perdana Menteri berkata, ASEAN juga memerlukan kombinasi mekanisme-mekanisme berbentuk dua hala, pelbagai hala dan bahkan minilateral

Gaji rendah punca kekurangan pekerja di restoran
Ramai anak muda lepasan SPM, diploma dan ijazah menganggur, tetapi pada masa sama, banyak industri dilaporkan tidak cukup pekerja.

Ketidaktentuan politik dan ekonomi memerlukan dunia amalkan semangat 'Keluarga Dunia' - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, ekonomi dan politik dunia menghadapi pasca pandemik yang kompleks, selain persaingan antara kuasa besar dunia.

Polis tahan suspek tembakan rambang perarakan Hari Kemerdekaan AS
Polis mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia 22 tahun, Robert E Crimo III, ketika dia cuba melarikan diri dalam sebuah kereta.

'Mak cik hanya ingat mati masa itu' - Warga emas cerita detik cemas berpaut pokok
Sebaik melihat air naik dengan cepat dan masuk ke dalam rumah, dia dan suami memanjat sebatang pokok rambutan berhampiran rumah mereka.

Remaja AS pancing ikan berwarna putih
Ia merupakan spesies terbesar di Amerika Utara dan pada kebiasaanya berwarna biru tidak kuat.

KPKT peruntuk RM20 juta laksana program pemerkasaan ekonomi komuniti bandar
Pihaknya menyasarkan seramai 2,000 peserta yang berdaftar di bawah program eKasih di seluruh negara.

CLQ Bertam: Kerajaan Pulau Pinang diminta kemuka senarai industri
KPKT hanya bersetuju jika industri yang dibawa ke kawasannya berteraskan teknologi tinggi.

KPKT peruntuk RM35 juta Program Baik Pulih, Bina Baharu Rumah
KPKT mensasarkan lebih 2,000 rumah untuk dibaik pulih dan sebanyak 32 buah akan dibina baharu di seluruh negara tahun ini.

KPKT laksana program mentor mentee PBT
Melalui program itu, PBT yang berjaya akan membimbing PBT lain dari aspek pendapatan dan kewangan.

PBT diminta bantu usaha pertanian komuniti
Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara diminta menjadi pemudah cara kepada usaha pertanian komuniti di kawasan masing-masing.

KPKT lihat pelaksanaan ekonomi kitaran melalui POC di beberapa PBT
KPKT sedang melihat pelaksanaan ekonomi kitaran melalui bukti konsep (POC) di beberapa PBT untuk memperakukan kawasan PBT sebagai 'Circular City' atau PBT mampan dalam soal pengurusan sisa pepejal.

KPKT, MoF lancar i-Biaya mudahkan pembiayaan perumahan M40, B40
Selari dengan matlamat Satu Keluarga, Satu Rumah, inisiatif i-Biaya merupakan satu langkah integrasi untuk menyatukan semua inisiatif di bawah satu bumbung.

i-Biaya bantu tingkatkan pemilikan rumah golongan M40, B40
Inisiatif itu memberi tumpuan terhadap golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) yang masih berhadapan dengan masalah akses kepada pembiayaan perumahan.

KPKT berusaha tubuhkan Majlis Ekonomi Kitaran Negara
Majlis itu bakal menghimpunkan pemegang taruh dan pihak berkepentingan dalam menjayakan agenda tersebut.

KPKT perkasa aset bomba, tingkat kesiapsiagaan hadapi bencana alam
KPKT akan memperkasakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi perolehan aset baharu dalam usaha menambah baik dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan agensi itu menghadapi bencana alam.