awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT rancang bina tugu peringatan di tapak kondominium Highland Towers

Bernama
Bernama
10/12/2020
15:36 MYT
KPKT rancang bina tugu peringatan di tapak kondominium Highland Towers
Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata tugu sempena memperingati peristiwa tragis yang mengorbankan 48 penghuni kondominium itu pada 11 Dis 1993 juga bakal dilengkapi taman dan laluan pejalan kaki. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhasrat membangunkan tugu peringatan di tapak kondominium Highland Towers yang terbiar sejak 27 tahun lalu.
Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata tugu sempena memperingati peristiwa tragis yang mengorbankan 48 penghuni kondominium itu pada 11 Dis 1993 juga bakal dilengkapi taman dan laluan pejalan kaki.
"Bila saya sebut taman (seperti dilaporkan sebelum ini), mungkin orang salah faham ia bakal jadi kawasan lapang dengan kemudahan seperti taman permainan.
"Ia bukan pusat rekreasi sebaliknya apa yang kita ingin bangunkan ialah tugu peringatan dikelilingi taman kecil dan laluan pejalan kaki," katanya kepada Bernama sebelum menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV dengan topik perbincangan 'Belanjawan 2021: Inklusif dan Peka Rakyat' malam ini.
Beliau berkata pelan pembangunan itu masih diperincikan dan KPKT sedang menunggu kelulusan peruntukan sebanyak RM8.9 juta untuk pembayaran bagi proses pengambilalihan tanah daripada Kerajaan Negeri Selangor yang dijangka selesai hujung tahun ini.
Zuraida berkata proses mendapatkan persetujuan pemilik unit kondominium itu sudah selesai manakala kerja-kerja perobohan dan pembersihan kawasan tersebut akan dimulakan selepas peruntukan diluluskan Kementerian Kewangan.
''Kita telah berjumpa dengan pemilik (unit kondominium) untuk maklumkan tentang hal pemilikan tanah, kalau ikutkan pemilikan (hartanah tersebut) adalah pemilikan strata," katanya.
Pada 11 Dis 1993, satu daripada tiga blok kondominium Highland Towers di Taman Hillview, Ulu Klang runtuh dalam tragedi yang meragut 48 nyawa.
Zuraida sebelum ini dilaporkan berkata Highland Towers akan dirobohkan selewat-lewatnya pada Jun 2019 namun proses itu tertangguh susulan cabaran menjejak pemilik bangunan dan perolehan tanah.
Sebelum ini, terdapat juga cadangan untuk membangunkan semula lokasi itu sebagai taman rekreasi selain pembinaan 50 unit banglo.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPKT
#Highland Towers
#Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
#tugu peringatan
#tapak kondominium
#Zuraida Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan